Najib Tidak Lemah Hanya Kerana Cari Keamanan

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 7:17 AM

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang yang lemah hanya kerana beliau mencari keamanan dan bukan peperangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada tindakan Najib yang juga Presiden Umno mengajak semua anggota parti yang bersengketa supaya kembali bersatu dan memperkukuhkan parti pada penghujung Perhimpunan Agung Umno 2015 yang berakhir Sabtu, Salleh berkata ia mengambil seorang yang kuat untuk mengampuni mereka yang telah berpaling tadah terhadap mereka.

Katanya, di sebalik kata-kata kesat dilemparkan terhadap Najib dan tercalarnya imej beliau, Perdana Menteri masih menghulurkan tangan persahabatan kepada lawannya apabila beliau boleh dengan mudahnya memalukan mereka.

"Najib menunjukkan beliau boleh melawan dan beliau juga boleh menjadi dermawan serta seorang lelaki yang merupakan sifat yang sebenar beliau.

"Najib bersedia untuk memaafkan dan melupakan persengkataan untuk kebaikan parti," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau, Ahad.

Mengimbas kembali krisis dalaman Umno yang tercetus antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam pada 1987, Salleh berkata, Najib pada masa itu telah memilih untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir demi semangat kesetiaan kepada presiden parti dan kepentingan parti. 

"Walaupun Najib telah menunjukkan bahawa beliau boleh melawan jika perlu, beliau juga telah menunjukkan bahawa dia lebih suka untuk tidak melawan jikatindakan itu akan menyakiti parti," katanya.

Katanya, masalah kepada tindakan ini ialah kadang-kadang orang akan membuat kesilapan memikirkan bahawa apabila seseorang itu diplomatik dan lebih sukapendekatan secara aman untuk menyelesaikan perbezaan, individu itu dianggap sebagai tidak berani.

"Mereka gagal melihat sudut positif perkara itu yang sebenarnya pendekatan itu boleh menjadikan seseorang itu budiman," kata Salleh.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan