Jumlah Mangsa Banjir Di Selangor Meningkat Kepada 443 Orang

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 7:31 PM

TERMENUNG... Mangsa banjir, Sharifah Yunos, 84, (kiri) bersama jirannya Mesnah Jani, 64, duduk di tangga rumahnya memandang keadaan air yang masih belum surut akibat bencana banjir di Kampung Seri Sentosa, Ijok pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 443 orang daripada 108 keluarga setakat pukul 5.30 petang berbanding 309 mangsa daripada 77 keluarga pagi Isnin.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata satu pusat pemindahan baharu turut dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Abdul Samad, Kapar, Klang yang menempatkan 33 mangsa daripada tujuh keluarga.

Ini menjadikan lapan pusat pemindahan dibuka di seluruh Selangor.

"Pusat penempatannya ialah di Surau Kampung Lembah Paya, Sepang yang merekodkan jumlah mangsa teramai dengan 172 orang daripada 42 keluarga diikuti di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang (111 orang).

"Pusat penempatan lain ialah di Surau Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor (37 orang), Taman Gemilang di Dengkil (23 orang), Balai Raya Salak Lama, Kampung Salak Tengah di Sepang (29 orang), Balai Raya Kampung Baru Salak Tinggi di Sepang (21 orang), Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kampung Kuantan di Klang (17 orang)," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: banjir , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan