Kementerian Pendidikan Bebas Hutang Dengan Kontraktor

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 1:38 PM

P. Kamalanathan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak berhutang dengan mana-mana kontraktor yang telah menyiapkan projek pembinaan sekolah, kata Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Beliau berkata melalui Arahan Perbendaharaan 103 dan peraturan-peraturan kewangan berkuat kuasa, KPM sentiasa mempunyai obligasi untuk membuat pembayaran apabila perolehan kerja selesai dilaksanakan dalam tempoh 14 hari sebaik tuntutan diterima dengan lengkap dan sempurna.

"Perlu diketahui bahawa tuntutan kontraktor bagi projek-projek KPM yang dilaksanakan secara konvensional adalah melalui pihak perunding.

"Pihak perunding bertanggungjawab menilai kerja pembinaan yang dilaksanakan dan mengemukakan dokumen tuntutan bayaran yang telah ditandatangani perunding," katanya.

Kamalanathan menjawab soalan Senator Datuk Hamzah Mohd Kassim mengenai jumlah tunggakan hutang kerajaan kepada kontraktor yang telah menyiapkan sekolah tetapi masih belum mendapat bayaran pada akhir 31 Disember 2014 pada persidangan Dewan Negara, di sini Isnin.

Tegas beliau, kementerian juga tidak akan melewatkan pembayaran sama ada kepada kontraktor bumiputera mahupun kontraktor lain dalam pelaksanaan projek di bawah kementerian.

"Kita akan mendapat ulasan daripada perunding dan sekiranya kontraktor gagal melaksanakan kerja mengikut skop kerja maka perunding tidak akan memberikan ulasan yang baik kepada kita.

"Biasanya penilaian ini bukan kita yang buat tetapi oleh perunding dan sekiranya ada berlaku perbezaan daripada skop asal dan skop yang diselesaikan maka pasti juru runding kita tidak akan memberi dokumen-dokumen yang dilengkapkan,"katanya.

Kamalanathan juga berkata KPM sentiasa membuka pintu dan sedia berbincang dengan kontraktor untuk memberi nasihat kepada mereka tentang bagaimana mereka boleh menepati syarat yang dikenakan.

"Pihak kami tidak mahu terlibat apabila kontraktor diberi kerja, kerja tidak dapat disiapkan, kerjanya 'low standard' kerana ini ada kena mengena dengan sekolah di mana anak-anak kita belajar.

"Kita sentiasa rela memberi panduan dan nasihat kepada kontraktor bagaimana mereka dapat mengikuti skop melaksanakan kerja tanpa sebarang masalah," tambahnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan