Hasil Mesyuarat Pelarasan Kadar Tol Akan Dibentang

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas berkaitan isu pelarasan kadar tol akan menyerahkan hasil mesyuaratnya kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi untuk keputusan muktamad.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jawatankuasa tersebut telah bermesyuarat tiga kali.

"Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. 

"Ia turut dianggotai wakil Kementerian Kewangan, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Peguam Negara dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang berunding dengan syarikat-syarikat konsesi. 

"Saya difahamkan tiada lagi mesyuarat selepas ini dan hasil mesyuarat akan dibentangkan dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama, Isnin.

Beliau mengulas mengenai jawapan beliau sewaktu sesi soal jawab kepada soalan tambahan Senator Zali Mat Yasin mengenai kadar tol tahun depan di persidangan Dewan Negara, Isnin.

Dilaporkan, Fadillah sebelum ini berkata terdapat lapan lebuh raya yang layak untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, tetapi kenaikan itu belum dimuktamadkan. 

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Link Kedua, Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Selat Klang Utara (NNKSV).

Masyarakat dan media sosial telah mula bercakap-cakap mengenai kenaikan tol di beberapa lebuh raya yang sekaligus menambah beban berikutan tambang pengangkutan awam telah naik ketika ini. 

Kepada soalan asal Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader mengenai status plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, antara plaza tol paling lama wujud di negara ini, Rosnah berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan kutipan tol di kedua-dua lokasi itu.

Katanya, berdasarkan kajian 2012, cadangan pemansuhan kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut akan melibatkan implikasi kewangan yang sangat tinggi kepada Kerajaan iaitu dianggarkan RM2 bilion," katanya.

Rosnah menjelaskan, di samping itu, ia juga memberi kesan terhadap pengurangan trafik di lebuh raya berhampiran (Lebuhraya Kesas) berikutan timbul isu peralihan trafik dari lebuh raya bertol kepada lebuh raya tidak bertol.

Namun demikian untuk mengurangkan beban kewangan kepada pengguna, Kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan kadar tol di kedua-dua plaza tol tersebut sejak tahun 2005 lagi, katanya. 

Beliau berkata langkah ini bermakna pengguna masih menikmati kadar tol yang lebih rendah di kedua-dua plaza tol tersebut. -- Bernama 









Tags / Kata Kunci: tol , PLUS , Kesas , Rosnah Rashid Shirlin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan