16 Barangan Ditetapkan Harga Maksimum Sempena Krismas - Hamzah

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 jenis barangan makanan segar akan dikenakan kawalan harga bermula 23 hingga 27 Disember ini bersempena sambutan Hari Krismas 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pelaksanaan skim kawalan harga itu akan melibatkan 149 kawasan dan daerah di seluruh negara.

Makanan yang akan dikenakan harga maksimum di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2015 ialah ayam hidup dengan harga maksimum RM5.80 sekilogram, ayam standard (RM7.30/kg), ayam super (RM8.10/kg), daging kambing tempatan bertulang (RM36/kg), daging kambing biri-biri import bertulang (RM21/kg).

Daging kambing biri-biri import tanpa tulang (RM26/kg), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM24/kg), telur ayam gred A (RM0.38 sebiji), gred B (RM0.37), gred C (RM0.36), tomato (RM4.50/kg) dan lada benggala hijau (RM9/kg).

Kawalan harga maksimum bagi kepak ayam, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak) dan babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja) hanya ditetapkan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dalam sidang media di sini, Isnin, Hamzah berkata penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit itu dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian untuk memastikan harga berpatutan bagi pengguna dan peniaga.

Katanya peniaga digalakkan menjual barangan itu lebih rendah daripada harga maksimum jika peniaga memperolehnya dengan harga lebih rendah serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan berkenaan.

Kegagalan mematuhi boleh menyebabkan mereka didenda sehingga RM10,000 di mahkamah atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat, katanya.

"Peniaga yang menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000," katanya.

Hamzah berkata pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga akan ditempatkan di lokasi tumpuan seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan itu.

Katanya sejumlah 214,973 pemeriksaan dan aduan telah diterima sehingga akhir November lepas berbanding 231,083 pada tempoh sama tahun lalu. -- Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan