Tuduh PAS Diresapi Fahaman IS, Mat Sabu Tak Akan Tarik Kenyataan

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2015 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamed Sabu hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan bahawa "PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (IS) atau pengganas Daesh".

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk menarik balik kenyataannya walaupun PAS tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Mahu tarik apa? Apa punya laporan polis pun saya tak tahu. Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat PAS terhadap saya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran PAN peringkat negeri di sini, Ahad.

Mat Sabu berkata kritikan kepimpinan PAS terhadapnya adalah hanya melalui tafsiran mereka sendiri dan beliau enggan menguals lanjut mengenai hal tersebut.

"Lebih baik kamu pergi tanya PAS mengenainya dan kenapa mereka kemukakan kenyataan berkenaan.

"Paling utama, kamu lihat sendiri berapa ramai yang hadir di majlis petang ini. Ini membuktikan bahawa kerjaya politik saya masih relevan dan tidak seperti digambarkan kepimpinan PAS," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini menyifatkan tuduhan Mat Sabu itu adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.

Nik Mohamad Abduh berkata tuduhan Mat Sabu itu disebabkan beliau sudah tidak ada modal untuk menjatuhkan PAS sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.

PAS Pulau Pinang turut membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang dikatakan mendakwa PAS mempunyai hubungan dengan militan Daesh dan Al-Maunah. 

Tags / Kata Kunci: PAS , PAN

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan