Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 134 Orang - Berita Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 134 Orang

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2015 9:00 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 134 orang daripada 34 keluarga setakat 8 malam Sabtu berbanding 67 orang daripada 19 keluarga pada sebelah petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis berkata jumlah mangsa banjir terbaharu ialah sebanyak 82 orang daripada 18 keluarga terdiri daripada penduduk dari Kampung Parit 6 dan Layang-Layang Kiri ditempatkan di Surau Nurul Jannah, Parit 6, Layang-Layang Kiri.

"Manakala 50 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Serapoh dan Blanja masih kekal ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Nurul Hikmah.

"Sementara dua orang daripada dua keluarga dari Kampung Talang ditempatkan di Surau Kampung Talang," katanya ketika dihubungi Sabtu.

Paras air di kawasan terbabit masih tidak berubah, katanya.

Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , banjir Perak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan