G25 Pertahan Kenyataan Mengenai Khalwat

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2015 8:14 AM

Datuk Noor Farida Ariffin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan G25 mempertahankan kenyataannya mengenai undang-undang khalwat dengan mengatakan bahawa ia adalah satu ilustrasi terhadap pendiriannya tentang kepolisan moral.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya pada Sabtu, kumpulan itu menyatakan kebimbangan ke atas kenyataan yang dibuat oleh beberapa pegawai agama dan individu lain yang mengutuk atau mengeluarkan ancaman terhadap Datuk Noor Farida Ariffin ekoran komen yang dilakukannya Ahad lalu pada sidang akhbar selepas forum Islam dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran G25.

"Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan mengenai undang-undang khalwat hanyalah ilustrasi pendirian kami berhubung kepolisan moral yang merupakan salah satu isu yang diketengahkan dalam surat terbuka kami yang dialamatkan kepada Perdana Menteri bertarikh 7 Disember 2014.

"Kami juga telah menimbulkan kebimbangan kami dalam surat terbuka mengenai keadaan semasa di mana badan-badan agama seolah-olah menegaskan bahawa pihak berkuasa menjalankan tugas di luar bidang kuasa mereka, di mana mereka mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar proses demokrasi syura dan di mana mereka yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu-isu agama dituduh sebagai anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu dan yang paling penting, di mana penggunaan Akta Hasutan kekal sebagai satu ancaman berterusan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza.

"Perkembangan ini menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, menyemai ketaksuban dan tidak bertoleransi, dan mencetuskan peningkatan kebimbangan terhadap keamanan dan kestabilan negara.”

Kumpulan itu mengulangi bahawa tujuan sidang akhbar Ahad lepas adalah untuk menerangkan dan menghuraikan kenyataan dan deklarasi G25 dan cadangan badan perundingan untuk mengharmonikan undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Pada majlis itu, jurucakap G25 Noor Farida juga berkata kumpulan itu kekal menentang undang-undang Syariah yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi orang ramai, memberikan undang-undang khalwat sebagai contoh dan menambah Malaysia merupakan satu-satunya negara Islam yang mempunyai undang-undang seperti itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan