Rani Kulup Nak Tanding PRU-14

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dikenali ramai sebagai Raja Report Malaysia dan seterusnya menjadi selebriti apabila muncul menerusi program Super Spontan All Stars, Ogos lalu, kini Abdul Rani Kulup Abdullah mahu mencuba nasib dalam bidang politik.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Abdul Rani yang popular dengan tagline 'kipidap' berkata,  hasrat tersebut didorong permintaan peminatnya yang mencecah enam juta  di seluruh negara, selain minatnya yang mendalam dalam politik.

"Pada mulanya peminat mengesyorkan Ayah untuk bertanding pada PRU-14 ini. Jadi Ayah ingat main-main, rupa-rupanya mereka troll.

"Jadi bila fikir balik, dah ada orang suka apa salahnya Ayah cuba nasib. Lagipun tagline Kipidap sudah jadi fenomena di luar sana," katanya yang mesra dengan panggilan Ayah.

Ketika ditanya tidakkah beliau gentar untuk mencuba nasib di kerusi yang disandang Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Abdul Rani berkata, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.

"Ayah bukan nak berebut dengan Azmin.  Ada sokongan, jadi Ayah akan teruskanlah. Tak kisah Gombak kerusi siapa, Ayah nak cuba.

"Tapi itu cerita bila Parlimen dah bubar. Kalah pun tak apa, menang pun tak apa. Ayah tak kisah, janji berjuang untuk agama, bangsa dan negara, " katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di sini, Sabtu.

Kehadiran Abdul Rani menarik perhatian pengunjung yang berada di PWTC pada Sabtu.

Beliau tidak putus-putus diajak bergambar oleh pengunjung yang juga peminatnya.

Raja Report Malaysia itu menegaskan sekiranya beliau bertanding ia akan memberi pilihan kepada pengundi yang sudah muak dengan pembangkang mahu kerajaan sedia ada.

"Ayah tidak lawan Pakatan Harapan, Ayah tak lawan Barisan Nasional tapi sendiri-sendiri. Siapa yang tak suka kedua-dua parti itu bolehlah pilih Ayah nanti. Jadi Ayah akan buat persiapan dari sekarang," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan