Perdamaian Kekalkan Semangat Perpaduan Pemimpin, Ahli Umno

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semangat perpaduan jelas kekal membara di hati setiap anggota Umno meskipun pelbagai ujian dan cabaran melanda, sekali gus membuktikan keutamaan mereka bagi mengukuhkan ikatan parti terbesar Melayu itu.

Rata-rata pemimpin tertinggi Umno yang ditemui menyambut baik tindakan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih berjiwa besar untuk berdamai dalam usaha mengukuhkan ikatan Umno.

Mereka berpendapat tiada apa yang lebih utama melainkan perpaduan dan bersatu dalam kalangan setiap anggota parti, satu prasyarat untuk Umno kembali gah.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Presiden parti telah mengetengahkan apa yang dikehendaki oleh para perwakilan iaitu perpaduan dalam parti dan sesama pemimpin Umno sendiri.

"Apa yang ada di dalam hati beliau (Najib) telah ditunjukkan, sekarang terpulang kepada pihak yang satu lagi untuk putuskan," katanya kepada pemberita selepas ucapan penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu.

Menyifatkan Umno muncul semula sebagai sebuah parti yang lebih bersatu hati selepas berakhirnya perhimpunan agung itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata perpaduan menjadi intipati utama yang ditekankan presiden.

"Presiden (Najib) kata selepas ini kalau ada sesiapa yang masih lagi tidak menghormati keputusan jemaah dalam perhimpunan agung di mana kita telah buat keputusan secara musyawarah, maka tiada tempat bagi mereka.

"... tadi saya lihat Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan Datuk (Seri Mohd) Shafie (Apdal) berdiri dan ini mungkin ada sinar di hujung terowong... banyak perwakilan dan pimpinan Umno mahu kita letakkan semua peristiwa keretakan ini di belakang dan pandang ke hadapan," kata Khairy.

Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kesediaan Najib menghulur salam perdamaian memberi semangat kepada akar umbi untuk bersama-sama membawa parti ke tahap lebih baik dan cemerlang.

"Saya kira ini adalah peluang terbaik kita gunakan perpaduan untuk fokus ke arah (pilihan raya umum ke-14) PRU14 dan bekerja secara berpasukan untuk merealisasikan kejayaan Umno," katanya.

Mas Ermieyati turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung  diskaun bagi pengangkutan awam seperti yang diusulkan dalam perhimpunan Puteri Umno.

Bagi anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mesej Presiden parti jelas memberi isyarat kepada semua pihak supaya meletakkan perpaduan dalam parti sebagai prasyarat bagi mencapai kemenangan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan