Isu Pengaruh IS Di Kalangan Rakyat Malaysia Tak Boleh Diabaikan - Tiong Lai - Berita Semasa | mStar

Isu Pengaruh IS Di Kalangan Rakyat Malaysia Tak Boleh Diabaikan - Tiong Lai

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 1:04 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu pengaruh militan Negara Islam (IS) di kalangan rakyat Malaysia merupakan ancaman yang tidak seharusnya diabaikan, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu.

Tiong Lai dalam ucapan pembukaan seminar Keselamatan Negara dan Ancaman Dari Militan Negara Islam berkata, menurut Cawangan Khas dianggarkan kira-kira 50,000 orang menyokong fahaman IS.

"Jika hanya satu peratus berubah secara radikal dan sekiranya mereka mengadakan serangan di mana-mana di Malaysia, kita akan berhadapan dengan masalah," katanya.

Beliau berkata, seminar itu dianjurkan oleh MCA untuk memupuk kesedaran bahaya yang secara jelas dan terkini wujud di kalangan rakyat hari ini.

Tambah Tiong Lai, seminar itu turut dianjurkan di negeri-negeri lain.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan