Perhimpunan Agung Umno 2015 Labuh Tirai Hari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 8:27 AM

Perhimpunan Agung Umno 2015 di PWTC. Foto MUHAMMAD SHAHRIL ROSLI / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari bersidang, Perhimpunan Agung Umno 2015 akan melabuhkan tirai pada Sabtu, dengan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menyampaikan ucapan penggulungan dan amanat kepada anggota parti. 

Ucapan Najib, yang juga Perdana Menteri, pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh 2,654 perwakilan dari 191 Bahagian Umno, malah oleh anggota parti di seluruh negara.

Buat julung kali, pentas Perhimpunan Agung Umno kali ini akan menyaksikan hanya presiden parti berucap pada sesi penggulungan, berbanding sebelum ini, timbalan presiden serta tiga naib presiden turut berbuat demikian. 

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada Rabu lalu.

Sebanyak 11 pembahas akan meneruskan perbahasan usul ekonomi bermula 8.30 pagi, selepas tiga orang berbuat demikian pada Jumaat.

Ia kemudian, diikuti dengan pembentangan usul agama dan pendidikan yang dijangka dibahaskan oleh 14 wakil negeri-negeri, termasuk pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri. 

Pada Jumaat, usul ucapan dasar presiden diluluskan sebulat suara setelah 15 pembahas membentangkan hujah masing-masing sejak Khamis, selepas perasmian oleh Najib. - Bernama

Tags / Kata Kunci: PAU 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan