Wujud Pangkalan Data Graduan Menganggur, Kumpul Peluang Pekerjaan

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 4:14 PM

Haryaty Hamdzah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil Umno Melaka mencadangkan supaya satu sistem pangkalan graduan menganggur diwujudkan bagi mengumpul peluang-peluang pekerjaan dan memadankannya dengan kelayakan calon.

Ketua Puteri Umno Kota Melaka, Haryaty Hamdzah berkata, sistem itu berperanan memantau perkembangan peluang pekerjaan di dalam dan luar negara serta mengenal pasti graduan yang berpotensi.

Beliau berkata, ini berikutan statistik pengangguran graduan di negara ini yang tinggi iaitu seramai 454,000 orang pada tahun lepas.

"Lebih menyedihkan 57 peratus daripada jumlah itu adalah wanita walaupun dalam IPT (Institut Pengajian Tinggi) golongan wanita melebihi 70 peratus daripada keseluruhan pelajar," katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini, Sabtu.

Haryaty, yang juga Ketua Penerangan Puteri Umno, turut mencadangkan peranan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) diperkasakan. 

"Tumpuan utama anak muda mencari pekerjaan kini secara dalam talian kerana ia lebih menjimatkan, jadi agensi pekerjaan seperti JTK dan PSMB perlu lebih efisien setaraf dengan agensi mencari pekerjaan swasta yang lebih tertumpu kepada dalam talian.

"Agensi tersebut juga perlu memaparkan maklumat yang bermanfaat, menyediakan pegawai yang cekap dan mesra pelangan bagi memudahkan anak muda meraih maklumat pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan atau potensi mereka," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan