Mukhriz Nafi Buat Ucapan Merujuk Kepada Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 1:22 PM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan beliau membidas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana memberikan jawapan bercanggah berhubung isu dana RM2.6 bilion.

"Dalam ucapan saya pada majlis makan malam pada malam tadi, saya tidak menyebut sebarang perkara yang merujuk kepada Datuk Zahid atau mendakwa memberikan jawapan yang bercanggah.

"Saya terkejut mengapa portal berita memasukkan nama Datuk Zahid apabila mengulas lanjut mengenai ucapan saya.

"Saya tidak menyebut nama naib presiden dan ucapan saya tiada kaitan dengan mana-mana kenyataan yang dibuat oleh beliau," kata Mukhriz kepada The Star pada Sabtu.

Sebuah portal berita pada Jumaat menyatakan bahawa ucapan Mukhriz merujuk kepada Ahmad Zahid.

Mukhriz bagaimanapun berkata, beliau tidak menyebut Ahmad Zahid dalam ucapannya di hadapan sekumpulan perwakilan dan penyokong Umno dalam satu majlis makan malam yang turut dihadiri bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal pada Jumaat malam.

Beliau turut menjelaskan bahawa perkataan "bengap" yang disebutnya merujuk kepada kegagalan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development (1MDB), Arul Kanda dalam menyediakan jawapan kepada soalan yang dibangkitkan.

"Rakyat seringkali mengajukan soalan, tetapi jawapan-jawapan yang diberikan tidak relevan dengan soalan-soalan itu. Tetapi perkara itu telah dipusing untuk memperlihatkan seolah-olah mereka yang bertanyakan yang bengap kerana mereka tidak memahami jawapan yang diberikan berulang kali," tambahnya.

Mukhriz dalam ucapannya berkata, Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan satu lagi tsunami politik sekiranya jawapan yang meyakinkan tidak diberikan bagi meraih kepercayaan rakyat.

Beliau berkata, meyakinkan perwakilan Umno sahaja tidak mencukupi kerana parti juga memerlukan kepercayaan rakyat bagi memastikan mereka mengundi BN.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan