Muhyiddin Terima Sikap Berbesar Hati Najib, Shafie Anggap Hubungan Tetap Utuh

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima baik sikap berbesar hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdamai bagi mengukuhkan ikatan Umno.

Berikutan itu, beliau berharap langkah-langkah akan dibuat bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkannya".

Baguslah Presiden berbesar hati, jadi selepas ini saya nak lihat langkah-langkah yang akan dibuat untuk menyelesaikan masalah yang saya bangkitkan," katanya kepada pemberita di akhir Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno itu, Najib yang juga Presiden Umno dan Perdana Menteri berkata beliau 'memilih berjiwa besar untuk berdamai' dalam usaha mengukuhkan ikatan Umno namun pada masa sama menegaskan jika tawaran itu ditolak para penentangnya, bererti mereka menolak kemahuan perwakilan Umno. 

Muhyiddin, yang digugurkan daripada Kabinet pada Julai lalu kerana mengkritik Najib berhubung isu 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion, berkata isu-isu yang sering dibangkitkan beliau itu adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata dan bukan bersifat peribadi.

Bukan masalah saya, tapi ini masalah rakyat supaya rakyat rasa yakin dan percaya apa yang beliau sebutkan itu akan dia betulkan dan tidak ada syak wasangka, kata Muhyiddin.

Ditanya mengapa beliau tidak mahu sama-sama bermaafan dalam perkara ini, Muhyiddin berkata, tiada soal pergaduhan yang cuba dibangkitkan, sebaliknya ia adalah soal perjuangan dalam menegur kelemahan kepimpinan yang perlu diterima secara terbuka oleh semua.

Mana ada pergaduhan, ini soal prinsip perjuangan. Kalau ada apa-apa perkara, sama-sama kita betulkan, kalau ada kelemahan kita buat teguran, saya mempunyai pendirian yang tegas mengenai (perkara) ini, katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan hubungannya dengan Presiden parti masih terjalin dan tetap utuh seperti sebelum ini.

Beliau  berkata, tiada pertelingkahan berlaku antara beliau dengan Perdana Menteri sehingga boleh melupuskan hubungan persahabatan yang telah terbina sejak sekian lama.

Shafie yang ditemui selepas hadir majlis penggulungan itu berkata hubungan yang terjalin di dalam Umno akan terus kukuh terjalin.

Katanya beliau tidak akan menjejaskan hubungan sedia ada dan dalam masa sama menghormati perbezaan pendapat dan analogi politik.

“Kita sebagai ahli Umno memang ada hubungan silaturrahim dalam Umno, semua orang tahu. Kita (saya dan Najib) masih kawan.

“Saya akan teruskan perjuangan untuk rakyat dan parti Umno, itu pendirian saya, bukan saya tidak ada kaitan untuk teruskan perjuangan Umno, sillaturrahim itu bukan satu persoalan,” katanya.

Mengenai kemungkinan dikenakan tindakan disiplin Shafie berkata, beliau menyerahkannya kepada kuasa dan kebijaksaan Jawatankuasa Disiplin.

“Saya tidak tahu, saya serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin. Saya ahli parti, mereka harus mempunyai alasan yang kukuh mengapa tindakan dikenakan ke atas saya.

“Biar mereka berbincang dan buktikan (sekiranya ada kesalahan yang dibuat),” tambah Ahli Parlimen Semporna itu lagi.





iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan