MAHB Masih Tunggu Pemilik 747 Kemuka Butiran

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 6:53 PM

Dua daripada tiga pesawat Boeing 747 yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airport Holdings Berhad (Malaysia Airports) masih menunggu pemilik sah tiga pesawat Boeing 747 yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk mengemukakan maklumat mengenai pemilikan yang diperlukan untuk tujuan pengesahan.

Ketiga-tiga pesawat tersebut diparkir di KLIA sejak 2010 oleh Air Atlanta Icelandic, syarikat penyewaan pesawat yang ketika itu ialah pemilik pesawat tersebut, kata Malaysia Airports dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Air Atlanta Icelandic kemudian membatalkan pendaftaran pesawat itu dan membubarkan tanggungjawab ke atasnya apabila pemilikan pesawat dipindahkan kepada Shaanxi Sunshine Cargo.

Kenyataan itu berkata Malaysia Airports saling berhubung dengan syarikat yang berpangkalan di China itu mengenai caj parkir dan penempatan semula pesawat sehingga 2013 apabila syarikat itu tidak lagi beroperasi.

Sebagai sebahagian daripada proses menuntut kembali hutang, Malaysia Airports menyiarkan iklan pada 7 Isnin lepas dalam dua buah akhbar tempatan untuk memberi notis kepada pemilik pesawat.

Pada Jumaat, akhbar The Star melaporkan bahawa pemilik pesawat tersebut yang menghilangkan diri telah tampil dan mendakwa bahawa mereka selama ini saling berhubung dengan Malaysia Airports.

Akhbar itu melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Swift Air Cargo, Kapt Blue Peterson mendakwa bahawa ketiga-tiga pesawat Boeing 747 yang dipaparkan dalam iklan akhbar tersebut adalah milik syarikat itu.

Beliau dipetik sebagai berkata: "Semua dokumen sokongan, jelas menyatakan bahawa Swift ialah pemilik ketiga-tiga pesawat B747 tersebut." -Bernama

Tags / Kata Kunci: MAHB , 747

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan