Kedah Umum Cuti Pada Ahad Jika Menang Piala Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah akan mengisytiharkan cuti umum esok sekiranya skuad Helang Merah itu menang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2015 menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahatir berkata ketetapan itu dibuat setelah dibincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan dipersembahkan bagi perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Sekiranya skuad Kedah menang final Piala Malaysia malam ini, hari Ahad, 13 Dis 2015 diisytiharkan sebagai cuti umum di Kedah menurut Akta Cuti 1951.

"Sekiranya pekerja masih dikehendaki bekerja esok, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda bagi hari tersebut menurut Akta Pekerja 1955," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Namun katanya, majikan boleh menggantikan cuti esok kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peruntukan undang-undang berkaitan.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan