Isyarat Damai Untuk Muhyiddin Hari Ini?

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, Sabtu dijangka menyaksikan isyarat berdamai kepada timbalan presidennya.

Presiden Umno itu dikatakan tidak selesa dengan cara Tan Sri Muhyiddin Yassin dikritik di kalangan para perwakilan semasa sesi perbahasan.

Tumpuan Najib dalam ucapan penggulungannya yang dijadualkan pada pukul 5 petang bakal menyentuh tentang perdamaian dan persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin sebelum tersinggung dengan ucapan dasar presiden yang disampaikan Najib pada perasmian perhimpunan agung parti Khamis lalu.

Najib memberi gambaran bahawa Muhyiddin gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan parti.

Kekecewaan timbalan presiden menjadi isu panas apabila terdapat perwakilan yang mengkritik beliau semasa perbahasan dan ketiadaan beliau yang enggan duduk di pentas untuk mendengar kritikan berkenaan.

Difahamkan terdapat arahan daripada peringkat tertinggi telah dikeluarkan pada Khamis kepada pembahas supaya tidak terlalu lantang dan berhenti mengkritik Muhyiddin.

Semuanya kembali lancar pada Jumaat sehingga perwakilan Perak, Datuk Hamzah Mohd Kassim kembali menghangatkan perbahasan dengan memperkatakan tentang Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Usul yang dibahaskan Hamzah tidak diterima baik di kalangan para perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perbahasan selepas itu menjadi lebih sopan dan segelintirnya membuat gurauan, termasuk juga ada yang membosankan.

Tidak diketahui sejauh mana Najib akan melakukannya seperti yang dikatakan ramai sebagai isyarat "damai".

Hubungan yang sedikit renggang antara kedua-dua pemimpin itu tidak boleh berpatah balik tetapi Najib dikatakan enggan memecat timbalannya walaupun mendapat tekanan daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Persoalan turut dibangkitkan sama ada Muhyiddin akan membalas isyarat tersebut.

Sebahagian ahli MT sebenarnya mahu Muhyiddin dipecat semasa dalam mesyuarat yang diadakan pada Rabu malam.

Bagaimanapun, Najib secara tiba-tiba menamatkan mesyuarat selepas satu kritikan panas terhadap Muhyiddin dibangkitkan oleh salah seorang ahli MT.

Mereka yang lain pula memberikan pandangan mereka berhubung kritikan itu namun katanya: "OK, sudah cukup, mesyuarat ditanggungkan."

Beliau kemudiannya memberitahu kepada salah seorang naib presiden parti: "Saya rasa bersalah terhadap Muhyiddin yang dikritik seperti itu."

Ucapan penggulungan Najib pada Sabtu akan memberi petunjuk mengenai apa yang bakal berlaku kepada Muhyiddin.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan