Wakil Perak Diminta Menggulung Perbahasan Sebelum 'Digulung' Perwakilan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Perak, Datuk Hamzah Mohd Kassim diminta untuk mengubah topik beberapa kali berikutan menyentuh isu sensitif berkaitan masalah parti semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Jumaat.

Malahan Ketua Umno Bahagian Gopeng itu diarahkan oleh pengerusi tetap parti, Tan Sri Badruddin Amiruldin supaya 'menggulungkan' perbahasannya lebih awal bagi mengelakkan kekecohan daripada berlaku akibat reaksi kurang senang di kalangan para perwakilan.

Antara yang disebut Hamzah adalah mengenai perhimpunan terbuka melibatkan mantan presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad; timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal di Kelab Sultan Sulaiman pada Isnin lalu.

"Ia melihat bahawa mantan presiden juga dibantu timbalan presiden.... di depan sini (para perwakilan) saya sebut.... kita berjuang untuk menentukan agama dan bangsa kita... kita bela dengan sepenuhnya," katanya yang berucap dengan penuh bersemangat.

"YB (Yang Berhormat) tukar topik YB. Perwakilan diminta bertenang. Tukar topik ya YB," kata pengerusi tetap kepada Hamzah.

Hamzah yang mengubah topik masih lagi menyentuh isu sensitif membabitkan Dr Mahathir dan veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li.

"Peristiwa paling getir dalam sejarah perjuangan Umno iaitu pada 1987 akibat pergeseran dan perebutan kuasa antara dua pasukan iaitu Team A diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Team B diketuai oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah," katanya sehingga menggamatkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tambah Hamzah, Umno dihidupkan semula bukan hanya kerana kehandalan Dr Mahathir semata-mata.

Pengerusi tetap parti sekali lagi meminta para perwakilan bertenang supaya tidak mengimbas isu lama dan Hamzah pula sekali lagi diminta untuk membuka topik lain dalam ucapannya.

Perwakilan Perak terus menggamatkan Dewan Merdeka mengenai isu Dr Mahathir yang mendesak presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"YB gulung sidang, gulung sidang. Sebelum depa (para perwakilan) gulung YB, baik YB gulung sidang," kata pengerusi tetap parti memberi amaran kepada Hamzah.

'Serangan' berterusan Dr Mahathir dan Muhyiddin termasuk Shafie menjadi isu panas apabila mempersoalkan kepimpinan Najib berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri.

Ini termasuk desakan supaya Najib meletakkan jawatan dan meminta perdana menteri bercuti sehingga siasatan terhadap dua isu berkenaan diselesaikan.

Tags / Kata Kunci: Perak , Umno

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan