Tidak Setuju Kanak-Kanak Dikenakan Tambang Dewasa - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 7:30 PM

Tiong Lai melancarkan Pameran Kereta Api Berkelajuan Tinggi China (CSR) pada Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengkaji semula tambang Komuter untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas yang sama kadarnya dengan orang dewasa mulai 2 Disember.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu akan dibincangkan antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan KTMB dalam tempoh terdekat.

"Mungkin ada masalah komunikasi...walaupun KTMB mengumumkan tambang tiket untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun adalah sama dengan tambang untuk orang dewasa, tetapi kami tidak bersetuju dengan keputusan itu.

"Jadi, SPAD akan berbincang dengan KTMB untuk memastikan ia (tambang) akan terus seperti dasar lama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Kereta Api Berkelajuan Tinggi China (CSR), di sini Jumaat.

Pada Rabu, KTMB, melalui laman twitter rasminya mengumumkan bahawa tambang bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas adalah sama dengan kadar tambang bagi orang dewasa.

Pengumuman itu mendapat banyak sungutan daripada orang ramai. Sebelum ini, Presiden KTMB. Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata tambang tren akan naik mulai 2 Disember, dengan kadar tambang tertinggi ialah RM7.10 bagi satu perjalanan.

Bagaimanapun, katanya, pelajar sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa, yang menggunakan Komuter, akan menikmati diskaun tambang sebanyak 50 peratus.

Tambang KTM Komuter tidak dinaikkan sejak Februari 2003.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan