Puteri Petik Lagu "Anak Kampung" Gambarkan Isu 'Rumah Mampu Tengok' - Berita Semasa | mStar

Puteri Petik Lagu "Anak Kampung" Gambarkan Isu 'Rumah Mampu Tengok'

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 4:48 PM

Salbiah Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Puteri Umno memetik bait-bait lagu "Anak Kampung" yang dinyanyikan Jimmy Palikat bagi menggambarkan kemelut perumahan mampu milik di negara ini.

Ketua Puteri Umno Gerik, Salbiah Mohamed berkata, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berharga antara RM100,000 dan RM400,000 hakikatnya tidak mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana.

Sebaliknya beliau berkata, tawaran tersebut hanya sesuai disifatkan sebagai 'perumahan mampu tengok' berikutan harga yang ditawarkan masih tinggi.

"Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan, rumah ku pun tiada ada pun bapa punya, apalagi belanja mahu bayar berian kahwin sama kamu," katanya memetik lagu dendangan penyanyi Sabah itu semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

"Jangan kata nak beli rumah atau kereta, nak kahwin pun mungkin tak mampu," kata Salbiah.

Malahan katanya, media sosial turut membuat gurauan dalam nada sindiran bahawa rumah mampu milik hanya sekadar 'rumah mampu tengok' dan rumah yang sememangnya mampu dimiliki ialah rumah 'dalam kubur'.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengkaji semula tawaran PR1MA supaya ia menepati matlamat asal dalam menyediakan rumah mampu milik.

"Saya berharap KPI (Indeks Prestasi Utama) bagi PR1MA bukan berapa untung atau berapa rugi tetapi membentangkan berapa pemilikan rumah yang diberikan kepada Bumiputera terutama anak-anak muda," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan