Pemilik Tiga Pesawat Parkir di KLIA Akhirnya Tampil

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 10:14 AM

- Gambar diambil dari laman web Swift Air Cargo

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik tiga pesawat yang diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang selama ini 'hilang' kini tampil, mendakwa syarikat itu secara asasnya konsisten berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Ketua Pegawai Eksekutif Swift Air Cargo, Kapten Blue Peterson memberitahu The Star pada Jumaat bahawa tiga pesawat Boeing 747 yang diiklankan akhbar ini pada 7 Disember lalu adalah milik syarikat itu.

Beliau berkata Swift telah menjadi pemilik tiga pesawat itu sejak 8 Jun tahun ini.

"MAHB tahu perkara ini kerana kita telah mengadakan banyak pertemuan dengan mereka mengenai pesawat berkenaan.

"MAHB atas sebab tertentu yang tidak dapat diduga, enggan mengakui Swift sebagai pemilik pesawat, walaupun kita mempunyai semua dokumen sokongan, termasuk bil penjualan bagi tiga pesawat itu," dakwanya.

Beliau berkata penjualan pesawat itu kepada Swift Air Cargo telah disaksikan oleh peguam cara Syed Amir Ibrahim dari Syed Ibrahim & Co, semasa dokumen itu ditandatangani di Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, Syed Amir mengesahkan bahawa penjualan pesawat itu kepada Swift telah berlaku.

Kapten Peterson juga mendakwa beliau mempunyai Akuan Berkanun daripada pemilik sebelumnya, diperakui di Hong Kong dengan cop Konsulat Malaysia.

"Pelbagai dokumen sokongan, jelas menyatakan bahawa Swift adalah pemilik ketiga-tiga pesawat B747," kata beliau.

Tambahnya, mesyuarat pertama dengan MAHB dibuat dengan Pengurus Besar Kanan dalam perkhidmatan beroperasi 17 Jun lalu.
Tags / Kata Kunci: parkir KLIA , Boeing 747 , Swift Air Cargo , MAHB

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan