Sindiran Perwakilan Tanda Protes Muhyiddin Dilarang Berucap - Ku Li

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 1:45 PM

Tengku Razaleigh.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kata-kata berbaur sindiran beberapa perwakilan pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden menandakan tanda protes terhadap keputusan kepimpinan tertinggi parti melarang Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ketidakpuasan hati itu dapat dilihat menerusi perbahasan beberapa perwakilan pada Jumaat.

"Anda boleh tafsir apa jua cara tapi boleh dilihat daripada reaksi perwakilan sebentar tadi, apabila  mereka dalam nada sinis merujuk kepada pengecualian beliau (Muhyiddin) daripada berucap pada perhimpunan ini mencerminkan rasa tidak puas hati  perwakilan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang tidak membenarkan Muhyiddin menyampaikan ucapan penggulungan Timbalan Presiden pada hari terakhir PAU 2015, Sabtu.

Malah, MT Umno turut memutuskan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tidak dibenarkan merasmikan  perwakilan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri pada Rabu lalu.

Jelas Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li, tiada apa yang boleh dilakukan mengenai larangan itu kerana ia sudah diputuskan di peringkat MT Umno.

"Itu peraturan yang mereka sudah putuskan di peringkat MT Umno," katanya.

Menurut Ku Li lagi,  wujud beberapa 'puak' di dalam parti tetapi perkara tersebut normal di dalam mana-mana parti besar seperti Umno.

Ditanya sama ada kewujudan puak itu akan menimbulkan masalah di dalam Umno, Ku Li berkata, parti ini hanya akan diuji semasa pilihan raya umum.

"Parti ini sentiasa bersatu tetapi perpecahan sentiasa ada, begitu juga sikap berpuak apabila melibatkan sebuah parti besar," katanya.


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan