PAS Komited Tahaluf Siyasi Dengan PKR - Hadi Awang

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 8:31 AM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: PAS sekali lagi menegaskan bahawa pada waktu ini, parti itu adalah rakan tahaluf siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama tersebut sebagaimana yang dicapai dalam muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat satu ketika dahulu.

Dalam kenyataan pada Khamis, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS adalah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerak kerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.

Katanya, lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya.

PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya.

"PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.

"Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan bukan Islam," katanya.

Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada tawaran terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung parti itu.

Menurutnya berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan berbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.

Selain mengulangi pendirian parti itu untuk bersama PKR, PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahupun ekonomi.

"PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan daripada Allah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan