Najib-Muhyiddin Tampil Sedondon

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika umum mengetahui Umno berhadapan krisis membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kedua-dua pemimpin berkenaan sekali lagi mencuri tumpuan perwakilan parti itu.

Namun kali ini tumpuan terarah kepada baju Melayu yang dipakai presiden dan timbalannya pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2015.

Najib dan Muhyiddin sekali lagi secara kebetulan mempunyai citarasa yang sama apabila kedua-duanya mengenakan baju Melayu dari rona yang sama iaitu hijau.

Sebelum ini Najib dan Muhyiddin juga secara kebetulan pernah memakai baju Melayu yang sama warna iaitu merah hati pada hari pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Pada ketika itu Muhyiddin masih lagi timbalan perdana menteri.

Sejak sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden bermula pada Khamis, isu membabitkan hubungan Najib dan Muhyiddin menjadi topik popular yang disentuh pembahas.

Rata-rata mereka menyatakan hasrat mahu melihat Najib dan Muhyiddin kembali berdamai dan bekerja dalam satu pasukan demi parti dan rakyat secara keseluruhannya.

Krisis dalaman Umno bermula apabila Muhyiddin secara terbuka mempersoalkan pentadbiran Najib khusunya membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Tags / Kata Kunci: PAU , Umno

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan