Mana Ikon Muda Politik? - Mahasiswa

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 8:12 PM

Wakil Mahasiswa Nasional Farhan Khairuddin bersemangat ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Mahasiswa, Farhan Khairuddin pada Jumaat mempersoalkan di manakah ikon muda politik yang mewakili kerajaan.

Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ini berkata, kebanyakan orang muda hari ini lebih banyak mendengar apa yang diperkatakan orang muda di kalangan mereka sendiri.

"Orang muda hari ini tidak lagi mahu mendengar apa menteri, senator, guru mereka cakap, sebaliknya orang muda hari ini nak dengar apa yang orang muda cakap.

“Dan ini adalah perkara yang kita perlu lihat secara fokus, kalau kita lihat hari ini berapa banyak ikon-ikon muda dalam Umno dan Barisan Nasional yang kita bazirkan," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di sini, Jumaat.

Sambil menganggap senario ketika ini amat menyedihkan, Farhan memberi contoh ikon muda di peringkat mahasisiwa telah dilahirkan di pembangkang seperti Dyana Sofya Mohd Daud dan Fahmi Zainol masing-masing dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dyana Sofya bercakap pun tak boleh, masuk DAP, terus jadi orang hebat. Sama juga dengan Fahmi Zainol, masuk PKR diangkat sebagai seorang pejuang mahasiswa sedangkan dialah yang selama ini menjadi gunting dalam lipatan kepada mahasiswa dan kuda trojan tunggangan parti pembangkang," katanya.

Sehubungan itu, Farhan menggesa supaya usaha program-program pengkaderan yang melibatkan orang muda diperkasakan.

Pada masa sama, beliau turut berharap selepas ini lebih ramai akan mencontohi ikon muda seperti Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Tambahnya, ikon muda ini nanti bakal menjadi perwira untuk mendepani politik alaf baharu intelektual yang mendepani kuasa politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Farhan, antara inisiatif tersebut seperti Program Internship Mahasiwa Turun Parlimen (Mantap), selain program Felo Perdana yang memberi peluang kepada anak muda menimba pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara.

“Namun pengkaderan politik juga harus dilaksanakan supaya kita tidak ketinggalan lebih jauh," katanya usaha memperkasakan ini perlu untuk mengembalikan kepercayaan anak muda terhadap kerajaan.


Tags / Kata Kunci: Farham Khairuddin , MPPK , ikon muda , PAU 2015

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan