Ku Li Sokong Kerjasama Umno-PAS

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyokong cadangan kerjasama politik antara Umno dan PAS seperti yang ditawarkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ia adalah satu tawaran yang baik demi memperkukuhkan perpaduan Melayu dan umat Islam.

"Saya fikir ia satu tawaran yang baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno ( PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.

Namun, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li berkata kerjasama tersebut perlu mengambil kira sokongan di peringkat kepimpinan tertinggi dan akar umbi kedua- dua parti itu.

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Khamis, Najib menghulurkan tali silaturahim kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Malah Najib yang juga perdana menteri melahirkan rasa gembiranya kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata hubungan kerjasama yang dihulurkan UMNO kepada PAS akan dibincangkan dan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Jelas Ahmad, kerjasama antara parti ini adalah perkara besar serta membabitkan dua dasar parti yang berlainan dan perlu juga dibawa ke muktamar PAS.

"Kerjasama dari segi politik, saya tidak boleh komen kerana ini mesti mari (datang) daripada pucuk pimpinan (PAS).

"Bagaimana pun saya mengharapkan dari segi kesedaran orang Melayu dan Islam di negara ini mestilah semakin baik terutama untuk meletakkan Islam di tahap yang tertinggi dalam semua perkara," katanya Ahmad.

Tags / Kata Kunci: Umno , PAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan