G25: Henti Sebar Fahaman Ekstrem Atau Berdepan Dengan Tindakan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 7:13 PM

Dr Abdullah Muhammad Zin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas penjawat awam G25 perlu menghentikan penyebaran fahaman mereka mengenai Islam atau berdepan tindakan oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri. 

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin berkata kumpulan ini dilihat memiliki fahaman ekstrem liberal apabila beberapa isu yang diketengahkan mereka bertentangan dengan Islam. 

"Mungkin ada anggota kumpulan G25 pernah hidup di luar negara dan disebabkan itu mereka mahu konsep hidup bebas dan perjuangan hak asasi manusia cara negara barat dibuat di sini.

"Kalau mereka terus menyebar fahaman itu sehingga menggugat perpaduan Islam di negara ini, biarlah pihak mufti yang mengeluarkan fatwa mengenainya," katanya pada sidang berita di luar Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini, Jumaat.

Kumpulan G25 yang rata-rata berbangsa Melayu itu baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dibuat di rumah persendirian.

Menurut kumpulan itu lagi, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah SWT kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Abdullah berkata kumpulan itu juga dilaporkan berselindung di sebalik konsep Wasatiyyah dan kesederhanaan sedangkan mereka sebenarnya mengamalkan fahaman pluralisme dan pelbagai idea lain yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) berkata kumpulan berkenaan tidak memahami maksud sebenar Wasatiyyah sedangkan ia sebenarnya lebih menjurus kepada keseimbangan dalam setiap aspek kehidupan.

"Wasatiyyah bukan bermaksud perlu sederhana saja contohnya sederhana belajar, sederhana kerja dan sebagainya, sebaliknya ia adalah konsep menyeluruh, mencakupi kecemerlangan dan keadilan dalam semua perkara," katanya. 

Beliau berkata sehubungan itu, kumpulan G25 disaran tidak mengelirukan rakyat mengenai konsep Wasatiyyah yang amat digalakkan dalam Islam kerana ia boleh mendatangkan impak negatif.

Tags / Kata Kunci: G25 , Majlis Agama Negeri

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan