Aktres Australia Ambil Anak Daripada Bekas Pasangan Selepas 'Drama' Di Bangsar

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 1:00 PM

-foto dailymail.co.uk

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang aktres Australia berjaya bertemu dan mengambil semula anak lelakinya daripada bekas pasangannya di sebuah restoran di pusat beli-belah di Bangsar, lapor The Sydney Morning Herald.

Laporan itu menyatakan bahawa Eliza Szonert telah mengambil semula anaknya daripada pemuzik dan ahli perniagaan Australia, Ashley Crick dalam satu pertemuan dramatik, Khamis.

Szonert, yang sebelum ini membintangi siri televisyen Australia Neighbours, dilaporkan datang bersama anaknya untuk tinggal dengan Crick di Kuala Lumpur tetapi hubungan pasangan itu renggang dan timbul pertikaian mengenai hak penjagaan.

Laporan itu berkata aktres itu meminta bantuan dua lelaki dari sebuah 'agensi kanak-kanak terkemuka di Australia', untuk berurusan dengan Crick manakala Szonert bertindak membawa lari anaknya.


Bagaimanapun, Szonert dan anaknya tiada pasport menyebabkan mereka terkandas di Malaysia.

"Saya menyeru kerajaan Australia untuk menyediakan segala bantuan yang perlu untuk membantu anak saya dan saya kembali ke Australia," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Dilaporkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Luar Australia mengesahkan Szonert sedang disediakan bantuan konsular di Kuala Lumpur tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.

Turut dilaporkan Crick bekerja di Malaysia sebagai ketua pegawai teknologi dengan syarikat pembekal perkhidmatan TV Internet.

Komennya mengenai perkara itu adalah dia "telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesejahteraan anaknya itu".

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan