Deja Moss Tak Pernah Jemu Niaga Kek Lapis Sepanjang PAU

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Untuk kali keenam, penyanyi Deja Moss tidak ketinggalan memasarkan kek lapis Sarawak dalam pelbagai bentuk dan citarasa untuk kepuasan pelanggan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Menggunakan jenama "Hadeeja Kek Lapis Segar", gerai anak kelahiran Sarawak itu turut turun padang bagi mengurus gerainya.

Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss berkata, sejak menyertai PAU, gerainya sentiasa dikunjungi orang ramai sama ada ahli atau pemerhati persidangan tahunan itu.

"Sasaran kami untuk sehari penjualan kek lapis ini dalam RM5,000 hingga RM6,000 tetapi alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan.

"Dan setakat tengah hari ini sahaja sudah cecah lebih RM 5,000 penjualan kek lapis ini," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Ujar Deja lagi, kelainan yang ditampilkan oleh kek lapisnya  ialah ia boleh dihasilkan mengikut citarasa pilihan pelanggan.

"Kami juga boleh hasilkan dalam pelbagai bentuk logo atau apa sahaja yang pelanggan mahukan.

"Saya juga ada kedai yang beroperasi di Ukay Perdana dan pelanggan boleh datang ke kedai untuk membeli pelbagai jenis kek lapis di sana,"jelasnya.

Mengenai kerjaya seninya, kata Deja, ia berjalan seperti biasa dan masih menerima undangan menyanyi.

"Sekarang saya masih aktif bernyanyi cuma fokus lebih ke arah perniagaan.

"Kerjaya seni tidak pernah terpadam dalam diri tetapi bila dah libatkan diri dalam berniaga sukar sikit mahu bahagikan masa," ujarnya.




Tags / Kata Kunci: Deja Moss , kek lapis , Sarawak , PAU 2015

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan