Buku 'Kebangkitan Baju Merah' Diedar Kepada Perwakilan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 12:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buku bertajuk 'Kebangkitan Baju Merah' yang 'mengangkat' perhimpunan baju merah dan mengutuk perhimpunan Bersih telah diedarkan kepada para perwakilan di Perhimpunan Agung Umno, Jumaat.

Buku 104 muka surat yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu dipenuhi maklumat dan gambar-gambar sekitar perhimpunan 16 September lalu.

Pengerusi Jasa Datuk Seri Puad Zakarshi berkata 10,000 naskhah buku itu telah dicetak. Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan kos yang ditanggung.

Beliau berkata Jasa akan terus mengedarkan buku itu secara berperingkat, sambil menambah perhimpunan Bersih hanya penuh dengan tuduhan.

"Mereka kata ada 40,000 pengundi Bangladesh tetapi tak dapat nak membuktikannya. Tiada apa yang dapat dibuktikan dan perhimpunan baru-baru ini hanya dipenuhi dengan isu perkauman dan peserta yang biadab.

"Para penunjuk perasaan baju merah hanya menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Ia dilakukan untuk menghantar mesej bahawa bukan Bersih sahaja yang boleh buat protes," katanya.

Dua muka surat pertama buku itu menjelaskan tujuan perhimpunan tersebut, menyatakan ia adalah reaksi kepada kekecohan oleh beberapa orang yang telah mengadakan demonstrasi jalanan sebelum ini.

Ini diikuti dengan gambar perhimpunan Bersih 3 pada tahun 2012 dengan kapsyen menyatakan kekasaran dan tindakan ganas penunjuk perasaan.


Helaian muka surat pada buku ini juga dipenuhi dengan gambar-gambar penunjuk perasaan yang berkumpul dan memegang sepanduk semasa perhimpunan 16 September.

Ia disertakan kapsyen bahawa penunjuk perasaan mempertahankan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu.

Buku ini juga menyatakan 14 resolusi perhimpunan tersebut termasuk menolak perkauman cauvinis yang diamalkan oleh DAP, menolak penglibatan kuasa asing dalam pentadbiran negara dan mengukuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Laman terakhir buku ini mengucapkan terima kasih kepada semua peserta perhimpunan tersebut, sambil menambah, perhimpunan hebat itu berjaya disebabkan usaha bersama.

Ditanya mengenai buku itu, sesetengah perwakilan berkata, 'ia adalah satu usaha yang baik, terpulang kepada kita untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu'.

Pada 16 September, baju perhimpunan merah diketuai Datuk Jamal Yunus diadakan di sekitar Kuala Lumpur.

Protes, yang pada mulanya aman, bertukar ganas apabila sekumpulan penunjuk perasaan telah memilih untuk merempuh halangan pihak berkuasa di Petaling Street.

Empat orang termasuk seorang pegawai polis cedera parah.
Tags / Kata Kunci: baju merah , Jasa , kebangkitan Baju Merah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan