Umno Tak Perlu Ahli 'Bantu' Pembangkang - Azalina

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 3:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Umno yang menunjukkan sikap seolah-olah membantu pembangkang setiap kali mereka bersuara bertentangan dengan prinsip perjuangan tidak perlu ada dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mana-mana ahli parti tanpa mengira kedudukan perlu bersikap gentlemen dengan berundur sekiranya gagal mematuhi prinsip parti.

"Jika anda terus bersuara, berkelakuan seperti memberi kekuatan kepada pembangkang. Saya tidak tahu mengapa anda masih berada di dalam parti.

"Mudah sahaja, ini negara bebas, tidak berpuas hati anda boleh tinggalkan parti," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di sini, Jumaat.

Ketika ditanya sama ada gesaan ini ditujukan khusus untuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan veteran Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, Azalina berkata, ia  peringatan untuk semua ahli parti. 

"Peringatan ini untuk semua ahli jika ada yang bantu pembangkang. Sebagai ahli kita perlu setia kepada parti dan bukannya bersuara untuk memberi kekuatan kepada pembangkang," katanya.

Azalina dalam nada sinis berkata, mana-mana ahli yang tidak suka dengan cara kepimpinan presiden parti juga perlu bergerak bebas atau menyertai parti pembangkang.

"Ahli parti perlu berdisiplin, kekal bersatu dan percaya serta menerima apa yang sudah dijelaskan," katanya.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan