Bahasa Badan Yang 'Kekok' Antara Dua Pemimpin Tertinggi

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 9:28 AM

Najib (kiri) dan Muhyiddin (kanan)

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susunan tempat duduk yang 'lari' daripada kebiasaan pada Perhimpunan Agung tahun ini disedari ramai.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi diletakkan sebelah-menyebelah di atas pentas.

Mereka masih duduk bersebelahan antara satu sama lain, tetapi di meja berasingan di mana mereka telah diapit oleh barisan pimpinan parti yang lain.

Sesiapa sahaja yang mereka susunan tempat duduk yang baharu itu pasti memahami situasi dingin antara dua pemimpin tertinggi parti itu, malah dia juga mungkin tahu serba sedikit tentang 'politik tempat duduk'.


Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri juga dipindahkan dari tempat biasanya iaitu di bahagian tengah, di bawah kepada bahagian tepi sedikit di mana beliau boleh memandang terus kepada Muhyiddin.

Ia kelihatan begitu ketara, menunjukkan apa yang sedang berlaku dalam Umno, selain 'bahasa badan' antara dua pemimpin tertinggi itu dilihat kekok.

Ada yang berpendapat Najib akan melakukan beberapa isyarat kepada Muhyiddin selepas ucapannya.

Tetapi selepas tenggelam ketika perwakilan bangun dan memberikan tepukan gemuruh, beliau segera mengemas barang-barangnya dan pergi ke belakang pentas di mana beliau dikerumuni oleh seluruh ahli Majlis Tertinggi.

Apa jua bentuk perdamaian selepas ucapan Najib hanya tinggal angan-angan.

Tahun ini, beliau sebenarnya tidak membuat ucapan dasar.

Sebaliknya, ucapannya dilontarkan dengan ayat-ayat politik.

Situasi ini juga jarang berlaku apabila beliau lebih bercakap atas kapasitinya sebagai presiden Umno berbanding sebagai perdana menteri.

Najib telah diselar, dibelasah, malah sesekali 'ditumbuk' oleh Dr Mahathir dalam masa lebih kurang setahun dan semalam gilirannya pula untuk menyerang balas.

Sebahagian besar ucapannya ditujukan kepada veteran Umno itu.

Beliau menyangkal isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu ketika Dr Mahathir sedang duduk di barisan hadapan.

Dakwaan Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah sebuah 'negara gagal' dan rakyat akan mengemis di bawah pentadbiran Najib benar-benar membuat Najib 'terusik' menyebabkan beliau bercakap mengenai rekod prestasi ekonomi sejak menjadi perdana menteri.

Beliau pada dasarnya mengatakan bahawa tuduhan Dr Mahathir adalah pembohongan semata-mata.

Terdapat juga alasan tentang mengapa perkara ini beberapa kali dibawa olehnya dengan memberitahu parti bahawa Dr Mahathir bukan sahaja mahu memusnahkan beliau tetapi juga  merosakkan negara.

Beliau tahu dengan cara itu ia akan menyentuh 'saraf' pemikiran nasionalis dalam Umno.

Reaksinya terhadap penyingkiran Muhyiddin juga sesuatu yang klasik.

Beliau tidak menuduh timbalannya atau menyatakan bagaimana timbalannya melemahkan dirinya. Sebaliknya, beliau berbalik kepada Perlembagaan Umno yang menyatakan bahawa peranan timbalan presiden adalah membantu tugas-tugas presiden.

Ucapannya kali ini memang berapi-api dan perwakilan menyambutnya dengan sorakan dan bertepuk tangan.

Malah, 15 minit selepas ucapan, Najib menerima tepukan gemuruh apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak akan berundur dan berazam untuk kekal sebagai presiden.

Hanya tiga orang yang dilihat kekal di tempat duduk mereka  iaitu Dr Mahathir, Muhyiddin dan Shafie.

"Dia mahu menjelaskan hakikat yang sebenarnya. Dia bosan dengan orang yang menyerang beliau dan dia membalasnya.

"Tiada siapa yang akan mengatakan Najib lembut selepas ini," kata Penganalisa Politik Kumpulan KRA, Amir Fareed Abdul Rahim.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah sedih apabila Dr Mahathir terpaksa duduk dan mendengar jerit pekik dan kenyataan yang dibuat oleh perwakilan.

Orang ramai melaungkan kata-kata seperti 'rehat' dan 'jaga cucu'.

Faizal berkata, perwakilan akan menjadi lebih kecewa jika mereka tahu bahawa pada malam sebelum perhimpunan agung, Dr Mahathir telah membuat satu percubaan terakhir untuk menjatuhkan Najib apabila beliau menuduh Najib cuba merasuah beliau.

Beliau mendakwa Najib datang dan berjumpa dengannya untuk bertanya apa yang beliau mahu.

"Tak patut jadi macam ni tetapi orang sudah bosan dengan serangan. Ini adalah cara mereka untuk kata 'cukup-cukuplah'"kata Faizal.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan