Tanggungjawab Saya Bukan Hanya Setia Kepada Presiden - Shafie Apdal

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 1:43 PM

Shafie (dua dari kanan), bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika upacara menaikkan bendera Umno di PWTC, Khamis.Turut kelihatan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tanggungjawab beliau dalam Umno bukan sekadar menunjukkan kesetiaan kepada presiden parti tetapi berjuang demi kekuatan parti dan kerajaan.

Shafie berkata, beliau melakukan amanah dan tanggungjawab sebagai naib presiden Umno sebaik mungkin.

"Selaku naib presiden, saya tak pernah abaikan sama ada memberi sokongan malahan teguran dan pandangan bukan bererti semata-mata kita menunjukkan kesetiaan kepada presiden sahaja.

"Apa yang penting bagi kita ialah agar parti dan pemerintahan yang kuat. Kita perlu pertahankan kerajaan yang ada," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Ucapan Dasar Presiden pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini, Khamis.

Shafie berkata, banyak cara dan pendekatan yang perlu dilaksanakan dalam mempertahankan kerajaan.

"Banyak isu yang perlu diselesaikan dan diperjelaskan. Dan kita beri pandangan," katanya.

Menurut bekas menteri itu, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberikan pandangannya selaku presiden parti mengenai hal dalaman parti termasuk naib-naib presiden parti.

"Kita terima hakikatnya. Dalam politik ini akan ada banyak perbezaan pendapat dari segi cara dan kaedahnya.

"Kita perlu saling hormat-menghormati tentang perbezaan pendapat. Itu yang saya minta supaya kita juga perlu berucap," katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) untuk tidak membenarkan beliau berucap pada perhimpunan agung kali ini.

"Majlis Tertinggi dah buat keputusan, kita faham dan hormati setiap keputusan itu," katanya


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan