Jawapan Berterus-Terang PM Berkaitan Isu Melibatkan Dirinya

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 8:48 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

SEMUA rakan dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkatakan bagaimana beliau tenang sepanjang tempoh setahun ini walaupun berdepan dengan kritikan dan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ikuti temuramah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The StarDatuk Seri Wong Chun Wai dan Joceline Tan ketika bersarapan dengan perdana menteri sempena Perhimpunan Agung Umno 2015.

Kesan sampingan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami baik-baik saja, tetapi hubungan itu terlalu formal. Saya fikir dia mungkin rasa dia sepatutnya terlibat lebih banyak.

"Tak perlu untuk saya memanggilnya, maksud saya dia boleh datang berjumpa saya pada bila-bila masa. Hanya datang ke pejabat, pasti saya akan berjumpa dengannya.

"Atau singgah ke rumah dan kata saya ada sesuatu untuk dibincangkan. Itulah cara untuk mengembangkan hubungan.

"Itu yang sepatutnya diamalkan.

"Hubungan saya dengan Pak Lah masih baik. Saya tidak pernah bertanya kepadanya tentang dana politik ketika saya menjadi timbalannya, itu adalah tugas presiden parti sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

"Muhyiddin tidak faham tentang hubungan istimewa ini. Ini adalah cara bagaimana kita terus kukuh sebagai sebuah parti.

Timbalan Perdana Menteri Anda Yang Baharu?

"Saya fikir dia menjalankan tugasnya dengan baik. Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan saya telah melalui perjalanan yang panjang, ada banyak sejarah di belakang kami. Zahid telah melakukan banyak perkara tanpa diminta.

"Satu petang semasa Sidang Kemuncak Asean, saya sedang menyaksikan raptai, dia tiba-tiba muncul dan berkata, saya di sini hanya untuk memberikan sokongan moral.

"Hubungan seperti ini adalah penting antara kedua-dua pemimpin tertinggi.

"Mesti ada kepercayaan dan tahap keselesaan antara satu sama lain.

Pelan Rasionalisasi 1MDB

"Saya boleh katakan ia hampir selesai. Kami mampu mengikut tarikh akhir yang ditetapkan untuk melaksanakan program rasionalisasi dengan cara yang sangat positif.

"Proses sebenar akan mengambil masa beberapa bulan lagi kerana sebahagian daripada perjanjian akan memakan masa, untuk membawa masuk wang.

"Saya rasa rakyat faham bahawa ini secara dasarnya adalah isu perniagaan dan tidak patut dipolitikkan secara berlebih-lebihan.

Anda tidak berada di Parlimen untuk bercakap mengenai 1MDB

"Saya memutuskan bahawa perkara ini adalah masalah perniagaan yang menjadi isu politik.

"Apabila ia menjadi isu politik, saya fikir adalah lebih tepat untuk saya menjelaskan kepada perwakilan Umno dalam satu sesi tertutup.

Perjumpaan dengan SPRM

"Anda perlu bertanya kepada mereka. Saya memberi apa sahaja maklumat yang saya tahu. Mereka pergi dan bertemu dengan penderma.

"Perkara paling penting adalah untuk memastikan bahawa wang itu tidak datang dari 1MDB. Tiada undang-undang khusus berkaitan dengan pembiayaan politik.

"Setiap parti politik, termasuk pembangkang, memerlukan pembiayaan politik.

"Saya mencadangkannya empat tahun lalu, tetapi ia telah ditentang oleh pembangkang.

"Mereka tidak mahukannya kerana beberapa ahli perniagaan, yang dilihat seolah-olah bersahabat dengan BN juga membeli 'polisi insurans' dan menyumbang kepada pembangkang.


Sifat derma RM2.6 bilion

"Kita bukan satu-satunya penerima. Jika mereka sukakan anda dan hubungannya adalah peribadi, ia akan berlaku.

"Ia berlaku bukan atas dasar parti atau dasar institusi. Ia adalah peribadi, itulah sebabnya mereka menegaskan ia perlu bersifat peribadi kepada saya.

"Itu adalah kehendak penderma, saya tidak mahu menyinggung perasaan mereka. Ia masuk ke dalam akaun peribadi saya, tetapi tidak dalam erti kata bahawa saya menggunakannya untuk perbelanjaan seharian.

Ketua Bahagian telah dibeli?

"Itulah sebabnya mereka kecewa dengan Tun (Dr) Mahathir. Terdapat banyak laporan polis dibuat terhadapnya.

"Pihak polis memanggilnya untuk soal siasat bukan kerana beliau menghadiri perhimpunan Bersih, tetapi kerana beliau mendakwa bahawa ketua-ketua Bahagian menerima wang berjuta-juta ringgit.

"Sudah tentu beliau enggan menjawab kebanyakan soalan, beliau tidak mempunyai bukti.

"Jika anda tidak mempunyai bukti, jangan buat dakwaan tersebut.

Apakah sebenarnya yang Tun Dr Mahathir mahu?

"Mudah saja, beliau mahu seorang Perdana Menteri yang mendengar cakapnya.

"Jika tidak 1MDB, beliau akan mencari sesuatu yang lain. Jika beliau kata mahukan jambatan bengkok, 'ya tuan, saya akan buat jambatan bengkok'.

Beliau tidak suka Singapura, jadi kamu kena bergaduh dengan Singapura. Jika beliau suka Afrika, kamu kena pergi ke Afrika. Ini adalah (Dr) Mahathir.

"Tetapi seorang Perdana Menteri perlu melakukan apa yang difikirkannya perkara betul. Saya tahu saya akan menanggung kemarahannya dan jangkaan saya betul.

"Dengan siapa yang beliau tak bertengkar? Beliau bertengkar dengan setiap Perdana Menteri kecuali Tun Razak kerana beliau tidak bertahan lama.

Isu defisit amanah

"Saya sedar mengenainya, saya fikir beberapa isu telah dieksploitasi dan menjadikannya lebih teruk dengan kemunculan media sosial, sudah tentu.

"Ada persoalan tentang persepsi, separuh kebenaran, tetapi kita perlu menanganinya.

"Kita tidak boleh mengetatkan kawalan ke atas media sosial.

"Kita perlu menerima hakikat bahawa tahap pemerhatian sekarang adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini dan bebanan untuk semua ahli politik adalah lebih tinggi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Anda nampak lebih kurus

"Berat saya menurun. Saya lebih kurus berbanding sebelum ini. Saya tidak mengambil nasi, saya mengambil quinoa dan bersenam. Saiz sut saya juga perlu dikecilkan.

Perkara yang lucukan tentang rakyat Malaysia, jika anda hilangan berat badan, mereka fikir anda sakit. Mereka akan tanya, adakah kamu OK?

Dan apabila anda berat badan anda naik, mereka kata anda dalam keadaan baik. Ia adalah satu penilaian yang benar-benar salah untuk tahap kesihatan seseorang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan