Saya Tidak Akan Menyerah Kalah - Najib

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 11:00 AM

Wajah Wajah Sekitar Perhimpunan Agung Umno

  • 1 of 8
  • Umno 1

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir bagi mendengar ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Disember 2015. FOTO: RAJA FAISAL HISHAN

  • Umno 2

    Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada Persidangan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 10 Disember 2015 mencuri perhatian ramai. FOTO: BERNAMA

  • Umno 3

    Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi (kiri) bersalaman dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 10 Disember 2015. - FOTO: BERNAMA

  • Umno 4

    Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) ketika berjalan melintasi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Persidangan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 10 Disember 2015. FOTO: MOHD RASFAN (AFP)

  • Umno 5

    Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) turut hadir pada Persidangan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 10 Disember 2015 walaupun beliau tidak dibenarkan membuat ucapan pada majlis itu. Turut kelihatan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. - FOTO: MOHD RASFAN (AFP)

  • Umno 6

    Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir ke Persidangan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 10 Disember 2015. FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

  • Umno 7

    Kehadiran Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Agung Umno 2015 untuk memberi ucapan menjadi tumpuan perwakilan parti itu.

  • Umno 8

    Dari kiri; Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Persidangan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Disember 2015.

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak boleh menyerah kalah terhadap asakan dan cabaran yang menimpanya susulan pelbagai dakwaan yang timbul membabitkan kepimpinannya.

Penegasan itu dinyatakan Najib ketika wujud desakan daripada pelbagai pihak supaya beliau berundur sebagai orang nombor satu dalam kerajaan dan Presiden Umno.

“Biar menggunung cabaran menghalang, meski hebat apapun tantangan yang tiba, saya tidak boleh sesekali menyerah kalah, bahkan dengan beraninya harus berdepan bagi merungkaikan masalah dan menyelesaikannya untuk terus memimpin Umno mara menuju kemenangan.

"Pujangga ada berpesan, hidup ini tidak pernah pun menjanjikan yang senang-senang saja. Apabila berdepan dengan masalah, kita tidak boleh sekali-kali lari daripadanya. Itulah prinsip saya,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini.

Sejak akhir-akhir ini Najib dikaitkan dengan pelbagai dakwaan termasuk membabitkan krisis ekonomi yang dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu dana politik berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akuan peribadinya.

Selain itu Najib menggesa supaya pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya supaya tampil bersemuka menggunakan saluran yang betul.

"Pada hemat saya, kepimpinan itu bukan soal kebongkakan menongkat langit, bukan juga mengumpul orang di sana sini untuk mengata dan menuduh sesuka hati.

“Ya betul, memang benar  saya seorang presiden dan pemimpin, akan tetapi saya juga manusia seperti saudara dan saudari semua. Masing-masing punyai kelebihan dan kekurangan.

"Tetapi bagi saya, I am a gentleman, apa-apa kekusutan pun marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul,” katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan