Dana RM2.6b: Saya Di Pihak Benar - Najib

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 11:00 AM

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan 'Hidup Umno' menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menjelaskan bahawa kontroversi dana politik berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akuan peribadinya bukan diperoleh daripada wang 1Malaysia Develpment Berhad (1MDB).

Tegas Najib, dana berkenaan adalah sumbang daripada pihak dari luar negara yang telahpun dijelaskan kepada perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2015.

“Saya juga telah menjelaskan dengan terperinci kepada perwakilan semasa Taklimat Presiden.

"Yang mustahak, saya yakin saya berada di pihak yang benar dan kebenaran akan terbukti juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini.

Selain itu, menyentuh mengenai dakwaan penyelewengan dalam 1MDB iaitu sebuah syarikat pelaburan strategik kerajaan, Najib berkata, isu tersebut sedang ditangani dan kini berada dalam proses penyelesaian.

"Misalannya dengan penjualan syarikat Edra, hutang 1MDB kini  susut  RM17 bilion. Ini membuktikan pelan rasionalisasi 1MDB sedang berjalan dengan baik.

"InsyaAllah ini akan disusuli dengan beberapa pengumuman yang lain, yang akan meyakinkan rakyat untuk akhirnya nanti mendapat penyelesaian yang tuntas,” katanya.

Sebelum ini 1MDB, menerusi anak syarikatnya Edra Global Energy Bhd, memeterai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group, melibatkan penjualan 100 peratus kepentingannya dalam semua aset tenaganya yang bernilai RM9.83 bilion.

Jualan itu adalah untuk pemilikan 1MDB dalam semua aset tenaga Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.

Syarikat China itu akan membayar wang tunai, nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan menanggung semua hutang dan wang tunai aset-aset kuasa, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac.

Urus niaga dijangka selesai pada Februari 2016.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan