PAU 2015: Petikan Ucapan Dasar Najib

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 12:19 PM

Para Perwakilan Umno melaungkan 'Hidup Umno' bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikut adalah petikan kata-kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya yang bertajuk 'Umno: Menyempurnakan sebuah perjuangan' ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini Khamis.

* Alang-alang mahu berjuang, walau langit turun menimpa, meski bumi terbagi dua, dengan cogan kata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, Umno ini satu-satunya, parti milik kita, pertahankanlah...pertahankan bersama.

* Kita dalam perhimpunan ini, sewajibnya tidak lain dan tidak bukan, mesti terus menjulang kepentingan dan kedudukan bangsa serta keturunan Melayu dan Bumiputera, di tanah tumpah darah sendiri. 

* Pemimpin sebenarnya tidak lahir di bilik-bilik kuliah, sebaliknya pemimpin itu muncul di gelanggang dan di celah-celah kemelut supaya mampu menangani segala cabaran dan dugaan. 

* Biar menggunung cabaran menghalang, meski hebat apa pun tantangan yang tiba, saya tidak boleh sesekali menyerah kalah, bahkan dengan beraninya, harus berdepan bagi merungkaikan masalah dan menyelesaikannya untuk terus memimpin Umno mara menuju kemenangan. * Kepimpinan itu bukan soal kebongkakan menongkat langit, bukan juga mengumpul orang di sana sini, untuk mengata dan menuduh sesuka hati. 



* I am a gentleman (Saya seorang budiman), apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul. 

* I can't just abandon our cause and drop our mission (Saya tidak boleh tinggalkan perjuangan dengan begitu sahaja dan membiarkan misi kita), tanpa terlebih dahulu berikhtiar, mempastikan bukan sahaja isu-isu berbangkit dilangsaikan, malah keadaan parti dan jamaah ini hendaklah kembali dipulihkan seperti sediakala. 

* Saya tidak boleh menjadi seorang pengecut, bahkan, itu bacul namanya.



*Saya yakin, saya berada di pihak yang benar, dan kebenaran akan terbukti juga (mengenai isu 1Malaysia Development Bhd dan dana RM2.6 bilion).* Sesungguhnya, kesetiaan dan ketaatan bukan sekadar menjadi nilai-nilai utama, malah merupakan sifat, sikap, prinsip dan pegangan yang semestinya berdarah daging dan menunjang dalam diri setiap orang UMNO dari sebawah-bawahnya, hingga kepada pimpinan-pimpinan kanan. 

* Saya seorang yang tidak confrontational (berkonfrontasi). Saya juga tidak pernah menjatuhkan sesiapa, apatah lagi untuk mengkhianati parti Umno tercinta ini. 

* Saya berikrar bermati-matian akan terus memimpin perjuangan bagi membela Melayu dan Bumiputera.

* No retreat (Tidak berundur)!! No surrender (Tidak tunduk)!! 

-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Umno , Datuk Seri Najib Tun Razak , PAU 2015

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan