Najib Senyum Dikatakan 'Pemimpin Autokratik'

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 10:04 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tenang berdepan tuduhan yang menyatakan beliau mengamalkan gaya autokratik dalam kepimpinan politik .

"Setahun yang lalu, mereka kata saya terlalu lembut. Sekarang mereka kata saya autokratik. Mereka tidak boleh buat keputusan tentang diri saya," katanya.

Najib mengakui bahawa beliau tidak dapat menahan senyum apabila membaca laporan dalam akhbar The Star yang menyatakan beliau telah mengulangi apa yang pernah dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dikatakan telah mengikut jejak langkah Dr Mahathir yang dikenali sebagai seorang yang tidak bertolak ansur terhadap mereka yang menentang atau bertelingkah dengan beliau.

Baru-baru ini, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam menyifatkan Najib adalah 'pelajar Dr Mahathir yang baik' dan berhenti memanggil Najib diktator.

"Hati nurani saya jelas. Saya orang yang agak terbuka.

"Itu (gaya autokratik) bertentangan dengan sifat saya sebagai seorang pemimpin. Saya percaya dengan cara demokratik dan inklusif untuk melakukan sesuatu, itu adalah gaya kepimpinan saya," katanya dalam temu bual eksklusif dengan The Star.

Beliau menegaskan bahawa beliau telah mendemokrasikan sistem pemilihan Umno supaya kepimpinan parti dipilih oleh akar umbi yang merupakan asas lebih besar dan bukan oleh orang-orang yang menguasai bahagian Umno.

Wawancara ini dilakukan sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 yang bermula hari ini dan akan menyaksikan Najib menyampaikan ucapan dasar beliau sebagai presiden Umno.

Majlis itu telah menarik minat yang besar kerana Dr Mahathir telah mengesahkan kehadiran beliau.

Najib seolah-olah geli hati apabila setahun yang lalu, beliau dituduh sebagai seorang yang 'lembut' tetapi kini tindakannya telah disamakan dengan Dr Mahathir yang pada zaman kegemilangannya telah digambarkan sebagai 'diktator' dan Firaun.

Perubahan label daripada 'lembut' kepada 'autokratik' berlaku selepas beberapa individu disiasat di bawah Akta Hasutan dan selepas Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

Sesi tertutup Najib dengan perwakilan Umno pada malam Selasa berjalan lancar walaupun tidak dihadiri Muhyiddin.

"Kami menyediakan tempat duduk untuknya. Sebelum itu beliau berada di sana, berjabat tangan tetapi dia akhirnya pulang.

"Saya tidak tahu mengapa dia pulang, mungkin dia rasa tidak selesa," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpendapat bekas timbalannya telah melampaui batas dengan berceramah Kampung Baru, Najib berkata setiap parti mempunyai peraturan dan etika yang perlu dipatuhi dan beliau akan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi parti untuk membuat keputusan.

Beliau berkata perwakilan Umno rasa terhina dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa Malaysia akan menjadi sebuah 'negara pengemis' dan beliau telah membalasnya dengan statistik dan data semasa taklimat tertutup untuk perwakilan.

Katanya, dia dapat merasakan perwakilan bosan dengan semua pertikaian tersebut dan mereka mahu parti untuk bergerak ke hadapan.

Najib berkata ucapan dasar beliau hari ini akan memberi tumpuan kepada cabaran dan nilai-nilai yang boleh menjadikan Umno parti yang kuat.

Katanya, beliau akan menangani isu berkaitan Dr Mahathir dan Muhyiddin, tetapi dengan cara yang baik.

"Umno adalah seperti sebuah keluarga yang besar dan apa yang berlaku adalah urusan keluarga, yang terbaik ditangani secara tertutup," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan