Muhyiddin Lebih Dahulu Bela Diri Di Pentas Terbuka - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa kepimpinan tertinggi parti itu tidak memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membela diri.

Sebaliknya, beliau berkata, ruang yang diberikan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah terlebih dahulu digunakan di pentas terbuka.

"Bukan tiada peluang tapi ia sudah digunakan terlebih dahulu di tempat lain.

"Keputusan semalam (Majlis Tertinggi Umno) mungkin mencuit perasaan dan emosi pemimpin berkenaan (Muhyiddin)," katanya pada sidang media harian Naib Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, beliau melihat kemarahan Muhyiddin yang membara akibat keputusan MT Umno berjaya diredakan hari ini (Khamis).

"Ini kelebihan pemimpin Umno, tidak terbawa-bawa (perasaan marah). Parti lebih penting daripada kita. Ia menyedarkan kita bahawa dalam konteks forum sebesar ini, penting untuk kita bawa diri," katanya.

Pada malam Rabu, Muhyiddin menyatakan rasa kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan di akhir perhimpunan.

Ahmad Zahid menegaskan MT Umno memutuskan hanya Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menyampaikan ucapan penggulungan pada kali ini. 

Malah, Ahmad Zahid berkata Muhyiddin tidak berhak  mempersoalkan mengenai tradisi Umno kerana beliau sendiri menceritakan masalah dalaman parti di pentas luar.

Menurut beliau mengikut tradisi, apa jua masalah yang berbangkit perlu diselesaikan menerusi perbincangan di dalam parti, bukannya melalui perhimpunan.

"Mahu buat tradisi tidaklah dengan adakan perhimpunan di luar. Tradisinya mesti ada perbincangan di dalam parti.

"Semua itu kerana dibuat di luar tradisi kemudian mempertikaikan tradisi... saya fikir tak adil untuk presiden di dalam hal ini," katanya.





Tags / Kata Kunci: Umno , Ahmad Zahid Hamidi , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan