Keyakinan Najib Kecewakan Pengkritik

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 9:30 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak. -fotoTHESTAR /KAMARUL ARIFFIN

(Ubah saiz teks)

UCAPAN perasmian Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mungkin menjadi salah satu ucapan terpenting dalam kerjaya politiknya.

Buat kali pertama dalam tempoh beberapa bulan, majlis itu juga mungkin akan mempertemukan Najib dengan Tun Dr Mahathir.

Pihak media tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk membuat liputan dan merakamkan situasi itu, jika ia benar-benar berlaku.

Pada perhimpunan agung tahun lepas, Dr Mahathir tidak gembira dengan ucapan presiden dan serta-merta meninggalkan majlis pembukaan tanpa menyertai barisan pimpinan lain untuk minum teh.


Dengan hubungan antara kedua-dua mereka yang semakin retak, mungkin situasi yang sama akan berulang.

Apabila ditanya apa yang akan dikatakannya apabila bertemu dengan Dr Mahathir, Najib ketawa dan menjawab: "Saya tak tahu lagi."

Kemudian, dengan nada yang lebih serius, beliau menambah: "Umno sudah letih dengan semua ini, saya dapat melihatnya malam tadi bagaimana mereka berasa letih. Secara jujur, saya juga bosan."

Najib telah menerima serangan dan kritikan daripada Dr Mahathir sepanjang tahun ini.

Tetapi ketika taklimat presiden pada malam Selasa, Najib telah memberi penjelasan kepada ahli Umno di semua peringkat.

Najib menyatakan rasa kecewanya dengan cara Dr Mahathir menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dan juga 'negara pengemis'.

Beliau telah menunjukkan maklumat grafik untuk membuktikan rekod prestasi ekonominya dalam tempoh enam tahun sepanjang beliau menjadi perdana menteri.

Beliau memberi contoh angka KDNK dan FDI serta indeks Bursa Malaysia di mana semuanya telah bertambah baik di bawah pentadbirannya.

Beliau memberitahu perwakilan bahawa Malaysia berada di kedudukan ke-18 dalam daya saing dunia dan bagaimana rakyat Rohingya bersyukur apabila mereka tiba di Malaysia.

Beliau menjelaskan bagaimana Dr Mahathir mencetuskan isu 1MDB daripada isu perniagaan dan aliran tunai kepada isu politik, dan memberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun pergi ke Timur Tengah untuk menemubual penderma dana politik RM2.6 bilion.

Sebahagian besar taklimatnya adalah untuk menyangkal dakwaan Dr Mahathir.

Kerusi kosong di antara Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah peringatan yang amat nyata mengenai pertelingkahan antara Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berada di sana dilihat terpinga-pinga dan tunduk malu di tengah-tengah orang ramai apabila sokongan diberikan kepada Najib.

Najib memberitahu para perwakilan bahawa beliau perlu menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinet kerana kepercayaan dan kerjasama di antara mereka telah hilang.

Beliau menggunakan analogi daripada bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Razak Hussein.

Najib berkata apabila bapanya mendapat tahu bahawa dirinya mempunyai sakit leukemia, Razak hanya percayakan isterinya dan timbalannya ketika itu Tun Dr Ismail Abdul Rahman untuk menceritakan perkara itu. 

Timbalannya, bagaimanapun, meninggal dunia terlebih dahulu akibat serangan jantung dan disemadikan bersama rahsia tersebut.

Kata Najib, itu adalah satu tahap kepercayaan antara perdana menteri dan orang nombor dua di bawahnya.

Pada asasnya, Najib tidak senang dengan cara bekas timbalan beliau yang telah membawa keluar isu-isu dari dalam Kabinet ke tempat terbuka.

"Ia adalah satu perakuan terus terang dan meyakinkan, dalam dewan yang amat besar. Kami telah lama menunggu untuk penerangan ini.

"Saya tidak fikir Perdana Menteri dapat bercakap seperti itu lima bulan lalu, tetapi dia kini lebih yakin.

"Dia mempunyai sokongan di Parlimen, ahli Majlis Tertinggi bersama dengannya dan dia mendapat sokongan daripada lebih dari 70 peratus pemimpin bahagian Umno," kata Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah.

Najib juga telah disokong oleh kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak Asean yang menyaksikan beliau menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin dunia.

Pada permulaan taklimat itu, Najib berkata: "Saya seorang yang sabar. Saya jarang-jarang marah tetapi semua tuduhan tidak berasas itu adalah melampau. Saya tidak boleh berdiam lagi."

Dalam politik, masa adalah segala-galanya. Dr Mahathir telah banyak berkata-kata selama satu tahun dan kini giliran Najib untuk bercakap.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan