Ku Nan Kesal Umno Ada Ahli 'Duri Dalam Daging'

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kesal kerana adanya ahli parti yang disifatkan sebagai 'duri dalam daging'.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, terdapat pihak yang cuba memburukkan Umno dan kepimpinan parti sama ada menerusi media massa mahupun media sosial.

Tambahnya, serangan bertali arus ini sememangnya mahu melihat kehancuran Umno.

"Apa yang lebih dikesalkan bila ada segelintir ahli-ahli Umno menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan yang mengambil pegangan bercanggah dengan parti.

"Namun setiap dugaan dan cabaran, Umno tetap mengekalkan momentum dengan cemerlang," katanya ketika membentangkan laporan Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Ku Nan berkata, setiap cabaran yang dihadapi Umno tidak seharusnya menjadi faktor yang menghalang parti daripada meneruskan perjuangan.

Katanya, walaupun cabaran tersebut datangnya dari dalam parti itu sendiri, kepimpinan Umno perlu lebih terbuka dalam membuat pertimbangan supaya parti terus kekal relevan.

“Bukan mudah untuk ditangani, tapi mengalah tidak sesekali kerana matlamat Umno tidak berubah, tujuan asas dan penubuhannya,  pendekatan sentiasa diperbaharui supaya selari dengan perubahan zaman.

“Setiap yang berlaku akan kita tempuh dengan secara terbuka, setiap keputusan telah diperinci untuk memastikan Umno kekal sejahtera,” jelas Ku Nan.

Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan Tengku Mansor , PAU 2015 , Umno

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan