Hanya 116,418 Daripada Lebih Sejuta Notis Kesalahan Lalu Lintas DBKL Dibayar Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara diberitahu, hanya 116,418 daripada 1,111,268 notis kesalahan lalu lintas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dibayar sejak Januari hingga 31 Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, notis yang telah dibayar itu menerima kutipan sebanyak RM7,182,110 dan masih ada lagi 994,850 notis yang belum dibayar.

"Pada 2013, sebanyak 1,102,440 jumlah notis telah dikeluarkan dan hanya 185, 919 yang sudah berbayar dengan kutipan berjumlah RM8,480,509.

"Baki notis yang belum dibayar pula adalah 916,521 notis. Bagi tahun 2014 pula, sebanyak 1,153,925 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan dan hanya 147,026  notis yang telah dibayar dengan kutipan sebanyak RM9,823,404.

Baki notis yang masih tertunggak adalah sebanyak 1,006,899 notis," katanya menjawab soalan Senator Dr Hou Kok Chung.

Beliau berkata pada kebiasaannya, orang kena notis (OKN) tidak akan membayar kompaun serta merta atau pada tahun semasa dan oleh itu, jabatan penguatkuasaan telah mengeluarkan notis peringatan kepada OKN tersebut.

Dr Loga Bala berkata, DBKL akan turut menyediakan kertas siasatan untuk dibawa ke mahkamah bagi kegagalan membayar kompaun tersebut.

Menjawab soalan tambahan Senator Dr Syed Husin Ali mengenai masalah tempat letak kenderaan di ibu negara, beliau berkata kementeriannya akan mengkaji kaedah terbaik dalam mencari penyelesaian memandangkan ia semakin kritikal di kawasan tumpuan utama, terutamanya di kawasan perumahan.

Beliau berkata kementerian akur dengan permasalahan itu yang disebabkan oleh pertambahan penduduk di sesebuah kawasan serta kebolehmampuan untuk memiliki lebih daripada sebuah kereta.

"Untuk pengetahuan Yang berhormat, bangunan yang didirikan dan peruntukan parkir yang disediakan adalah mengikut peruntukan Akta Pembangunan yang sedia ada. Oleh itu kita mengikut apa yang diperuntukkan pada akta.

"Namun kalau kita lihat keperluan parkir pada masa kini, bila keluarga bertambah, dapat membeli kereta lebih banyak dan apa yang disediakan pada awalnya memang tidak mencukupi... dan ini memang menjadi masalah terutama di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Kami sedang mengkaji cara-cara untuk perbaiki keadaan ini," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Dewan Negara , DBKL , notis , Dr Loga Bala Mohan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan