Keanggotaan Umno Kini 3.53 Juta - Tengku Adnan

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 1:35 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah anggota Umno kini mencapai bilangan 3.53 juta sehingga semalam, kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata Umno akan terus mengatur gerakan dengan semua anggotanya bertindak sebagai tunjang parti bagi membentuk jentera berkesan dalam menambahkan lagi keanggotaan baharu.

"Matlamat parti Umno tidak pernah sekalipun berubah dan pendekatan terhadap rakyat sentiasa diperbaharui demi menepati peredaran zaman selain sebagai melakukan persediaan bagi menghadapi landskap politik survival Melayu," katanya dalam ucapan aluan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015, di sini Khamis.

Beliau berkata bilangan itu melibatan keanggotaan di 21,502 cawangan dengan keanggotaan tertinggi dari Sabah iaitu 54,770 anggota.

Tengku Adnan berkata walapun Umno sentiasa menjadi sasaran provokasi, tohmahan dan sebagainya, namun parti itu masih tetap relevan.

Daripada jumlah cawangan tersebut, kawasan Batu Putih Darat, Libaran, Sabah merupakan cawangan yang mencapai pertambahan bilangan pendaftaran baharu tertinggi dengan 2,051 anggota.

Katanya, dengan peningkatan jumlah keanggotaan baharu di cawangan tersebut, ia menjadikan UMNO Bahagian Silam mencatat bilangan anggota tertinggi sebanyak 50,343 orang.

"Selain itu, perhimpunan agung kali ini juga mendapat perhatian pelbagai negara dan kita menerima kehadiran 119 delegasi luar meliputi 33 parti daripada 21 negara," katanya.

Menurut Tengku Adnan, antara 33 parti daripada delegasi yang hadir ialah Communist Party China, China; Parti Golkar, Indonesia; The Islamic Resistance Movement Palestin-Hamas, Palestin; Democratic People of Korea, Korea Selatan; Parti Keadilan Sejahtera Indonesia; dan Cambodian People's Party, Kemboja.

Menyentuh mengenai persediaan parti pada masa depan, Tengku Adnan berkata reputasi setiap bahagian dan negeri sentiasa diperinci malah pelbagai program penjelasan mengenai isu semasa akan diteruskan.

Katanya, perhimpunan agung itu yang berlangsung selama lima hari bermula Selasa lepas mendapat liputan daripada 68 agensi media berdaftar yang terdiri daripada 455 media tempatan dan 13 media asing dengan 1,778 kru bertugas.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan