Umno Perlu Buang Sikap 'Pilih Bulu', Dekati Pak Lebai, Hipster - KJ

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 11:21 AM

Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar memeluk Mohamad Rizuan Mohamad Puzi setelah menyampaikan Anugerah Kesatria Terbilang 2015 kepada atlet paralimpik itu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan menyisihkan kumpulan yang berbeza pandangan daripada Umno hanya akan mengikis tahap sokongan rakyat terhadap parti itu.

Tegas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, perti itu perlu berhenti daripada menjadi parti eksklusif sebaliknya hendaklah terbuka menerima kepelbagaian dalam kumpulan Melayu.

Sinis dalam tegurannya, Khairy turut menyentuh mengenai persepsi negatif yang ditimbulkan terhadap golongan muda yang bergaya hipster seperti Wak Doyok - seorang ikon fesyen.

"Golongan bandar yang profesional dan speaking 'orang putih' dipandang serong. Kalau ada yang berpandangan progresif, terus dituduh pembelot bangsa.  Para profesor yang hendak menyumbang kepada Umno, kalau sedikit kritikal, disisih dan dikatakan terlalu banyak teori, justeru disuruh duduk sahaja di menara gading.

"Anak muda bergaya hipster, bermisai Wak Doyok dikecam poyo. Tok lebai berjanggut enam inci dengan jubah dan serban ditolak kerana mesti orang PAS katanya.

"Namun saya akui bukan semua, tetapi masih terdengar rungutan bahawa Umno ini terlalu eksklusif dan tidak membuka pintu secara luas dan ikhlas kepada semua orang Melayu dari pelbagai latar belakang untuk menyumbang kepada parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2015 di sini, Rabu.

Selain itu menurut Khairy, Umno perlu kembali menjadi ‘khemah besar’ kepada pelbagai kumpulan Melayu.

"Hari ini kita melihat sokongan ini mula terhakis sebab Umno bukan lagi khemah besar sepertimana dulu, untuk semua orang Melayu.  Kita tidak lagi raikan kepelbagaian yang ada di kalangan masyarakat Melayu.

"Cukup-cukuplah Umno menjadi kelab yang eksklusif. Jangan tolak ke tepi pandangan orang lain yang berbeza daripada mainstream Umno.  Dengar dahulu. Cari jalan untuk bertemu di titik tengah.  Kita mendokong Wasatiyyah.  Namun kalau kita sendiri singkirkan orang Melayu sebab rupa dan pandangan mereka yang berbeza, kita akan menjadi kelompok yang semakin kecil dan lemah," katanya.

Sehubungan itu menurut Khairy, pelbagai usaha dilakukan di peringkat Pemuda Umno untuk mendekati golongan muda seperti yang mempunyai minta terhadap permainan video, buskers, vapers, NGO dan kumpulan profesional.

"Selepas ini marilah kita masuk ke sekolah pondok pula, jemput guru agama, pensyarah, pekerja kilang dan pelbagai lagi golongan lain. Jemput mereka masuk Umno.

"Kembalikan harapan bahawa pintu Umno terbuka untuk semua. Kembalikan Umno sebagai wadah untuk semua orang Melayu. Biar khemah yang besar ini kembali memayungi sesiapa sahaja yang bernama Melayu.

"Biar setiap orang Melayu di bandar, di desa, di kota bahkan di mana sahaja, walau apa pekerjaan dan kedudukannya, walau berbeza bagaimanapun latar belakangnya, namun akan tetap mengakui bahawa Umno lah yang terbaik untuk orang Melayu, yang akan memperjuangkan jatuh bangun dan hidup matinya setiap yang bernama Melayu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , PAU

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan