Tiada ‘Boo’ Tanda Perwakilan Puas Hati , Tapi Kecewa Muhyiddin Tak Hadir

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 12:23 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno bercakap sesuatu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum taklimat tertutup Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata perwakilan secara keseluruhannya berpuas hati dengan taklimat dan penerangan isu semasa yang disampaikan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, perwakilan memberi respons positif terhadap apa yang disampaikan Najib.

“Penerangannya tentang isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion tak ada berselindung, masuk ‘gear 5’ terus.

“Daripada respons ‘bahasa badan’ dan tepukan yang diberi, Alhamdulillah tak ada ‘boo’, tak ada,” katanya ketika ditemui selepas taklimat tersebut.

Abdul Rahman yang Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, perwakilan dilihat faham apa yang diperjelaskan oleh presiden.

“Dia tunjukkan secara berfakta tuduhan Tun Mahathir bahawa ekonomi ini gagal, tuduhan bahawa kita jadi pengemis dalam negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perwakilan Umno yang memenuhi ruang Dewan Merdeka itu bagaikan kecewa kerana adanya kerusi kosong bersebelahan Presiden parti pada sesi taklimat yang dadakan sempena PAU 2015 pada Selasa malam.

Ia kali pertama, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir pada taklimat berkenaan yang menjadi acara pembuka tirai sebelum PAU berlangsung.

"Ia sesuatu yang mengecewakan. Ada kerusi kosong, sesuatu yang merugikan. Kami semua nantikan kehadiran beliau," katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Najib telah memberi ucapan yang bertenaga serta memberikan nafas segar kepada ahli serta pimpinan Umno.

Katanya, apa yang disampaikan Najib menunjukkan kepimpinan Umno sedang berada di landasan yang betul.

“Ucapannya berterus terang dalam semua perkara dan saya kira memuaskan hati,” katanya.

Mengenai Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak hadir, Ahmad Shabery berkata, itu adalah pilihan beliau sendiri.

“Tapi saya rasa beliau telah hilang peluang dan gagal ambil kesempatan untuk bersama dengan ahli Umno.

“Dia sendiri yang keluarkan dirinya dalam sistem Umno, ini kerugian untuk beliau,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan , PAU 2015 , Umno

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan