Puteri Umno Kejar Kualiti, Cari Pelapis

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno tidak hanya menyasarkan kuantiti untuk memperkasakan kedudukannya dalam parti tetapi turut memberi penekanan kepada aspek kualiti.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata selain kuantiti, Puteri melihat kualiti adalah penting dalam usaha menjadikan sayap ini sebagai asiprasi wanita muda dan negara.

"Puteri di semua peringkat mesti berkerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini tercapai namun bukanlah kuantiti sahaja yang dijekar, kualiti ahli Puteri juga perlu diberi penekanan.

"Sayang sekali jika hari ini kita tidak memaksimakan bakat dan tenaga yang ada pada mereka untuk kebaikan bersama," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sayap Pergerakan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Beliau yang juga timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan berkata setakat 31 Oktober 2015, Puteri mempunyai 388,520 keahlian dan meyasarkan 500,00 keahlian menjelang 2017.

Katanya, untuk mencapai sasaran itu, risiko jurang generasi dalam Puteri Umno perlu dikawal di mana jurang itu boleh wujud daripada proses transisi yang berlaku dalam Umno.

"Proses transisi ini akan menyebabkan kelompongan yang besar dalam Puteri, khususnya golongan wanita muda di kelas umur 18 hingga 25 tahun.

Masalah ini perlu diatasi kerana wanita muda merupakan golongan ideal dan pencorak masa depan politik negara.

"Malah berdasarkan statistik, golongan inilah yang mendominasi kemasukan universiti," katanya.

Menyedari keadaan ini Mas Ermieyati berkata Adinda telah diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan golongan pelapis untuk golongan Puteri.

Katanya Adinda adalah program berunsurkan pendidikan dan motivasi yang dibuat secara berterusan agar wanita muda diberi pendedahan kepada isu-isu dan perkembangan terkini.

"Adinda bukan sahaja menjadi wadah pendidikan, ruang ekspresi dan membina kesedaran politik yang sihat, tetapi menjadi penghubung antara Puteri dengan wanita muda.

"Secara tak langsung, inisiatif seperti ini juga menggalakkan penyertaan mereka untuk bersama-sama dalam perjuangan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Puteri Umno , PWTC

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan