Penderma Dana RM2.6 Bilion Tak Harapkan Balasan - Najib

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 12:30 AM

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penderma dana politik berjumlah RM2.6 bilion tidak mengharapkan sebarang balasan, demikian dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengakuan itu dinyatakan Najib yang juga Presiden Umno pada sesi taklimat tertutup di hadapan lebih 5,000 perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Memaklumkan perkara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najib bersifat terbuka ketika berucap menyentuh mengenai kontroversi derma politik tersebut.

“Beliau nyatakan pihak yang memberikan derma dalam dana politik berkenaan not expecting in return, tidak memerlukan sebarang pulangan daripada sumbangan yang diberikan itu.

“Beliau juga nyatakan mana-mana parti politik memerlukan dana, dana sebagai alat dan bukan matlamat,” katanya pada sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena PAU 2015 di sini, Selasa malam.

Turut sama pada sidang media itu ialah seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Najib turut memberitahu perwakilan bahawa kerajaan kini berhadapan cabaran ekonomi yang ditimbulkan berdasarkan fakta tidak benar.

Kata Ahmad Zahid, selain isu dana politik berjumlah RM2.6 bilion, dakwaan penyelewengan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menyumbang kepada cabaran berkenaan.

“Datuk Seri Najib menyatakan bahawa beliau perlu membetulkan fakta-fakta yang telah diselewengkan oleh serangan-serangan yang pelbagai, terutamanya apabila seorang tokoh menyatakan bahawa negara ini akan menjadi miskin dan rakyat menjadi pengemis.

“Mengenai dana RM2.6 bilion, walaupun perkara ini dijelaskan banyak kali, presiden terpaksa jelaskan lagi secara rasmi kepada perwakilan malam ini.

“Rasional yang diberikan itu memang terbukti sebagai sesuatu yang tidak melibatkan wang 1MDB atau wang rakyat. Hal ini dijelaskan dengan cukup panjang lebar,” katanya.

Tags / Kata Kunci: PAU 2015 , PWTC , Umno , Datuk Seri Najib Tun Razak , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan