Muhyiddin, Shafie, Tun M Perlu Bersatu Dalam Umno - Shahrizat

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 7:11 PM

Ahli-ahli Umno turut mengikuti ucapan Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Persidangan Pergerakan Wanita Umno menerusi skrin yang diletakkan di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa supaya tiga pemimpin veteran Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasssin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir Mohamad terus bersatu di dalam parti itu.

“Saya mintak Muhyididin, Shafie dan Tun M bersama-sama dalam Umno, tak ada parti lain. Nak serah parti Bumiputera ini kepada DAP ke?

"Saya tak sanggup, biar titisan darah terakhir mengalir, tak akan biarkan DAP ambil alih negara ini. Kita berdoa agar semua pemimpin bersatu,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Shahrizat dilihat menyampaikan ucapan penggulungan itu dengan penuh bertenaga, seolah-olah meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.

Beliau berkata, Wanita menuntut perpaduan di dalam Umno bagi memastikan ia terus kekal relevan sebagai parti pemerintah.

“Ini kami tuntut sebagai ibu dan isteri. Ingat kami diam, kami sabar, kami tertib, tapi jangan ambil sambil lewa sokongan perpaduan yang dituntut oleh Wanita. Kami tak rela sesiapa sahaja hancurkan Umno ini,” katanya.

Shahrizat dalam nada berkias turut menggesa ketiga-tiga pemimpin parti itu yang disifatkan sebagai "sudah terkeluar dari landasan parti" supaya beristighfar dan kembali "ke dalam barisan".

“Saya minta maaf cakap (perkara ini), ini bukan dari hati saya tapi hati semua orang. Ditelan mati bapa, diluah mati mak,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengulangi sokongan Wanita Umno terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menegaskan mereka tidak akan menduakan beliau.

“Kita tak pernah menduakan Najib. Kita sokong Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden, kita sokong Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi). Kita terima keputusan Najib sebagai PM apabila tukar TPM,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan