Muhyiddin, Shafie Hadir Mesyuarat Khas MT Umno

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin kanan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghadiri Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno yang diadakan di Menara Dato' Onn di sini, malam Rabu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno tiba kira-kira pukul 8 malam dan dilihat memasuki bangunan itu dalam keadaan tenang.

Terdahulu timbul desas-desus, nasib Muhyiddin dan Shafie di dalam parti akan diputuskan dalam mesyuarat ini.

Namun, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat tersebut tidak akan membincangkan mengenai kedudukan dua pemimpin parti itu.

Sebaliknya, Ahmad Zahid menegaskan nasib mereka hanya akan ditentukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malam ini adalah mesyuarat khas Majlis Tertinggi. Lazimnya agenda yang dibincangkan adalah berhubung persiapan perbentangan Perhimpunan Agung Umno yang biasa akan dibentangkan oleh Pengerusi Tetap.

“Selain itu, taklimat daripada (Naib Presiden), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang ditugaskan melakukan penyelarasan terhadap jurucakap. Selain daripada itu saya tidak nampak ada sebarang agenda lain," kata Ahmad Zahid.


Tags / Kata Kunci: MT Umno , Muhyiddin Yassin , Shafie Apdal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan